Berita Harian

PTPTN sasar 350,000 penyimpan baharu SSPN-I

-

Raub: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) menyasarka­n 350,000 akaun baharu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) dengan jumlah simpanan RM 550 juta menjelang akhir tahun ini.

Pengerusin­ya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ketika ini SSPN-I mempunyai tiga juta penyimpan dengan jumlah simpanan keseluruha­n RM2.9 billion.

“Menerusi pelbagai kempen penerangan yang dijalankan secara berterusan sehingga akhir Ogos lalu, kita sudah mendaftar 227,181 penyimpan baharu dengan simpanan berjumlah RM270 juta.

“Ini bermakna usaha kita sudah mencecah 79 peratus pencapaian dan yakin boleh mencapai sasaran ditetapkan sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) ditemui pada majlis program UMNO Bantu Rakyat 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang turut dihadiri, ADUN Jelai, Wan Rosdy Wan Ismail di FELDA Sungai Koyan 1, dekat sini semalam.

Galak rakyat buat simpanan

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, berkata usaha itu untuk menggalakk­an rakyat membuat simpanan, bukan semata-mata bagi membuat pinjaman untuk melanjutka­n pelajaran kelak.

“Simpanan ini dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah, malah memberi dividen yang tinggi sehingga empat peratus kepada penyimpan.

“Saya harap lebih ramai rakyat, khususnya generasi muda membuat pelaburan jangka panjang ini demi kebaikan masa depan dan pendidikan anak mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia