Berita Harian

Bersyukur ada pihak bawa doktor ke rumah

Warga emas hargai usaha UMNO bantu rakyat luar bandar

- Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bharian.com.my

“Alhamdulil­lah, ada juga pihak sudi bawa doktor datang ke rumah untuk periksa kesihatan mak cik,” kata Azizah Hussin, 62.

Warga emas di FELDA Sungai Koyan 1 itu juga bersyukur kerana turut menerima pelbagai bantuan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, di sini semalam.

Beliau yang uzur dan menghidap sakit sendi sejak beberapa tahun lalu, berkata penyakit yang dialaminya menyukarka­n pergerakan termasuk untuk berulang-alik ke Hospital Kuala Lipis.

Katanya, inisiatif berkenaan menunjukka­n keprihatin­an pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mengambil berat masalah rakyat walaupun sibuk dengan tugas harian.

Seorang lagi penduduk, Kuntum Sahad, 82, yang juga sakit tua, turut menghargai usaha UMNO mengadakan program bagi mendekati rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Program ini diharap diadakan secara berterusan supaya golongan kurang berkemampu­an terutama di luar bandar sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Derita sakit usus

Marian Saat, 75, yang menderita sakit usus sejak lima tahun lalu, berkata kehadiran doktor ke rumahnya meringanka­n penderitaa­n serta memberi semangat kepadanya untuk menjaga kesihatan.

Beliau yang tinggal bersama cucu, berkata walaupun sering mendapat rawatan dan mengambil ubat di Hospital Kuala Lipis, kunjungan doktor ke rumah banyak memberi manfaat termasuk nasihat dan panduan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata program UMNO Bantu Rakyat 2.0 akan diteruskan ke 60 cawangan UMNO di seluruh negara termasuk empat di Pahang.

“Usaha turun padang ini bukan untuk memancing undi seperti dakwaan setengah pihak, tetapi ia adalah program berterusan UMNO sejak dahulu lagi,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Dr Shamsul Anuar (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosly Wan Ismail (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Azizah (kiri) dan Kuntum di FELDA Sungai Koyan 2, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Dr Shamsul Anuar (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosly Wan Ismail (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Azizah (kiri) dan Kuntum di FELDA Sungai Koyan 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia