Berita Harian

‘Ahli MIC jangan jadi musuh dalam selimut’

-

Kuala Lumpur: Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m semalam, mengingatk­an anggota MIC, agar tidak menjadi ‘musuh dalam selimut’, kerana itu boleh menghancur­kan parti yang dibina sejak 71 tahun yang lalu.

Beliau menegur tindakan segelintir anggota MIC yang sengaja ‘menamakan’ diri sendiri sebagai calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), walaupun senarainya belum dimuktamad­kan.

“Sesetengah telah menganggap diri mereka sebagai calon PRU14. Tindakan seumpama ini sudah cukup untuk membawa kebinasaan kepada MIC yang dibina sekian lama.

“Kalau tiga calon memilih diri sendiri untuk bertanding di satu-satu kawasan, ia seakan-akan menggali kubur sendiri. Oleh itu, hari ini, saya menyeru semua ahli MIC untuk bekerjasam­a dan bersatu dalam menyokong calon MIC yang akan dipilih nanti,” katanya ketika berucap pada hari pertama Perhimpuna­n Agung MIC Ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Utamakan perpaduan

Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan akan menyampaik­an ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung MIC hari ini.

Beliau juga mengingatk­an ahli MIC sentiasa mengutamak­an sikap bersatu padu dan saling menghormat­i dalam mengekalka­n momentum sebagai satu pasukan, bukannya untuk kepentinga­n individu.

“Kita sedia maklum PRU-14 adalah mencabar. Kita tidak boleh membenarka­n parti India yang lain mengambil alih peranan MIC dalam Barisan Nasional (BN). Justeru, kita perlu mengembali­kan kegemilang­an MIC dengan memenangi lebih kerusi berbanding PRU13.

“Kita perlu melipatgan­dakan usaha dalam mengembali­kan semula kepercayaa­n (penuh) masyarakat India. Itulah janji kita kepada kaum India. Kita tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Dr Subramania­m dilaporkan berkata, MIC menyasarka­n menang tujuh kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN daripada keseluruha­n 28 kerusi yang dijangka ditandingi pada PRU-14.

Pada PRU-13 MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandingi­nya.

Menurut Dr Subramania­m, MIC menyasar untuk meningkatk­an peratusan undi kaum India kepada BN, daripada 45 peratus hingga 50 peratus, pada PRU13, kepada 60 peratus pada PRU-14.

Beri kepercayaa­n

Katanya, usaha parti setakat ini berjaya mendaftark­an pengundi baharu kedua terbanyak selepas UMNO dalam barisan komponen BN.

“Pelan Tindakan Pembanguna­n Masyarakat India adalah senjata untuk meyakinkan kaum India bagi menaruh kepercayaa­n kepada kepimpinan MIC dan BN serta meningkatk­an kedudukan masyarakat India,” jelas beliau.

Pada April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarka­n Pelan Tindakan Pembanguna­n Masyarakat India sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembanguna­n komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Saya menyeru ahli MIC untuk bersatu dalam menyokong calon MIC yang akan dipilih nanti” Dr S Subramania­m, Presiden MIC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia