Berita Harian

Kisah Thavanesva­ran, si raja pecut

-

Kuala Lumpur: Banyak perkara yang boleh diceritaka­n mengenai Raja Pecut baru Sukan Para, S Thavanesva­ran.

Saiz kasut yang berbeza (kiri tiga, kanan enam), dapat berjalan pada usia tujuh tahun, perlu menjalani pembedahan kaki pada usia bayi dan sangat meminati legenda olahraga Jamaica, Usain Bolt.

Bagaimanap­un, tiga emas yang diraih di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) yang menutup tirai semalam, adalah cerita paling indah bukan saja buat semua kem olahraga negara tapi seluruh rakyat Malaysia bahawa bintang dalam pembikinan ini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Ridzuan Puzi, Ahmad Latif Romly dan Ziyad Zolkefli.

"Tidak sama, saya lagi rendah (kedudukan dengan ketiga-tiga ikon berkenaan). Tapi kami sempat berlatih bersama-sama dan saya menganggap mereka adalah contoh terbaik buat saya," kata pelajar Sekolah Menengah Dato' Ahmad Arshad, Segamat itu.

Curi perhatian

Thavanesva­ran mula mencuri perhatian media sebaik meraih emas dalam acara 400 meter lelaki T42/43/44 Selasa lalu dan ia adalah kali pertama dalam hidupnya menyertai acara berkenaan.

"Tiga emas ini adalah lambang terima kasih saya kepada jurulatih Nurul Hudah Jamal dan Nazari Shukor serta beberapa lagi jurulatih lain. Tanpa mereka saya tidak mempunyai apa-apa dan tidak jadi seperti ini. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga yang datang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil memberi sokongan.

"Paling penting ialah saya dapat mencapai sasaran saya iaitu meraih emas dalam acara 100 dan 200m, walaupun hanya tiga minggu menjalani latihan dengan ketua jurulatih, R Jeganathan.

“Saya berlatih setiap hari pagi petang dan sentiasa marah-marah tapi mereka lakukan semua itu untuk saya melakukan yang terbaik," katanya.

 ??  ?? Thavanesva­ran
Thavanesva­ran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia