Berita Harian

BDB Extreme Jitra dapat sambutan

-

Jitra: Penganjura­n 'BDB Extreme Jitra' yang juga sebahagian daripada acara yang disusun di bawah BDB Triple Challenge 2017, memberi peluang kepada penduduk di utara menyertai acara lasak yang sebelum ini banyak diadakan di Lembah Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata acara itu yang memasuki edisi kedua kali ini, menyaksika­n 810 peserta menghabisk­an larian dari Darulaman Park ke Bukit Darulaman sejauh 8.5 kilometer sebelum kembali melalui 10 halangan mencabar disediakan.

"Walaupun sebagai pemaju perumahan, BDB mahu membantu kerajaan negeri untuk mempromosi sukan dalam kalangan rakyat dan sebab itu kami cuba masukkan unsur sukan dalam fasiliti kami misalnya di Darulaman Park ini yang sebelum ini menjadi tempat riadah," katanya kepada pemberita di sini,semalam.

sebanyak 10 halangan yang perlu dilalui iaitu mengangkat tayar, mengangkat tong air seberat sembilan liter, memanjat dinding condong, halangan gegelung, lompatan api, merentasi paya, merangkak melepasi halangan, imbangan badan dan memanjat BDB Ramp.

Antara halangan baharu yang diperkenal­kan tahun ini ialah mendaki Bukit Darulaman yang membabitka­n laluan tiga kilometer bagi perjalanan pergi dan balik.

Habiskan cabaran

Izham berkata walaupun Kedah ketika ini sedang menerima jumlah hujan yang agak tinggi sehingga menyebabka­n banjir, namun cuaca semalam amat baik dan membolehka­n semua peserta menghabisk­an cabaran sebelum 11 pagi.

"Hujan lebat dua tiga hari sebelum ini juga menyebabka­n halangan menjadi agak sukar terutamany­a apabila laluan untuk mendaki Bukit Darulaman licin...iniadalah sebahagian daripada keunikan acara BDB Extreme," katanya.

 ?? [FOTO NORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] ?? Izham (tengah) bersama peserta yang berjaya menamatkan acara BDB Triple Challenge 2017, di Jitra, semalam.
[FOTO NORAZURA ABDUL RAHMAN/BH] Izham (tengah) bersama peserta yang berjaya menamatkan acara BDB Triple Challenge 2017, di Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia