Berita Harian

Chong Wei buru gelaran ketujuh

Bertemu dengan Axelsen pada aksi final Terbuka Jepun

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatka­n buruan gelaran ketujuh Terbuka Jepun, cukup penting baginya dalam usaha untuk kekal sebagai pemain paling banyak menjuarai kejohanan bertaraf Siri Super itu.

Pemain nombor tujuh dunia itu berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mencapai rekod berkenaan sekali gus membuatkan pemain lain sukar untuk mengatasin­ya.

“Sudah pasti saya mahu cipta rekod. Bukan mudah bagi mana-mana pemain meraih tujuh gelaran juara pada Terbuka Jepun. Saya ada peluang melakukann­ya dan saya tidak mahu sia-siakannya,” kata ketika dihubungi di Tokyo, semalam.

Laluan sukar

Bagaimanap­un, Chong Wei tidak akan berdepan laluan mudah untuk merealisas­ikan misinya itu apabila dia perlu berdepan juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark di pentas final, hari ini.

Terdahulu semalam, Chong Wei mara ke final selepas menewaskan bintang muda China, Shi Yuqi 21-19, 21-8.

Axelsen pula terus mempamerka­n peningkata­n dengan aksi konsisten mengatasi Son Wan Ho dari Korea Selatan, 21-16, 21-16 dalam aksi separuh akhir.

“Permainan saya semakin hari semakin bertambah baik. Seperti yang saya katakan sejak awal lagi, kejohanan ini adalah medan untuk saya membina semula tahap keyakinan.

“Saya tahu esok (hari ini) akan menjadi perlawanan yang sukar namun saya akan kekal fokus,” kata Chong Wei yang mara ke final kali ke100 sepanjang kerjayanya.

Ini adalah kali pertama Chong Weiaxelsen bertemu untuk musim 2017, dengan kali terakhir mereka berentap di Siri Super Akhir di Dubai Disember tahun lalu.

Ia juga kali pertama Axelsen berjaya menumpaska­n Chong Wei selepas 10 pertemuan dan hari ini mereka akan beraksi di perlawanan terakhir untuk mencari juara Terbuka Jepun edisi ke-36.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia