Berita Harian

Zaqhwan juarai perlumbaan 600cc di India

-

Kuala Lumpur: Mohd Zaqhwan Zaidi bangkit menebus kekecewaan di pusingan sebelum ini apabila muncul juara Perlumbaan 1 Supersport­s 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, semalam.

Kemenangan pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu juga menyaksika­n pemburuan gelaran juara keseluruha­n musim 2017 semakin sengit apabila hanya 21 mata yang menjarakka­n kedudukan di kelompok lima pelumba teratas.

Dalam saingan 16 pusingan Perlumbaan 1, Zaqhwan yang memulakan perlumbaan dari petak kedua bermula baik untuk mendahului perlumbaan.

Dia tenang mengekang cabaran Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T Pro Ten) sehingga ke penghujung perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruha­n 27'20.721s.

Taiga di tangga kedua dengan masa 27'21.347s, diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing) ketiga dengan masa 27'21.710s.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana dapat merapatkan jurang dengan Azlan (Shah Kamaruzama­n), namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana kami berhadapan dengan cuaca yang panas.

Litar tidak rata

“Keadaan litar juga tidak begitu rata dan memerlukan penggunaan tenaga dan fizikal yang lebih. Mudah-mudahan saya dapat mencatat keputusan sama pada perlumbaan kedua esok (hari ini),” kata Zaqhwan.

Kemenangan ini kembali menghidupk­an peluang Zaqhwan untuk mempertaha­nkan gelaran keseluruha­n apabila naik ke tangga kedua dengan 118 mata.

Pendahulu, Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 untuk mengumpul 124 mata. Taiga di tangga ketiga juga dengan 118 mata.

 ??  ?? Zaqhwan
Zaqhwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia