Berita Harian

MU ada strategi, JDT sudah sedia

-

Melaka: Pasukan Melaka United (MU) akan cuba membawa corak permainan sama ketika mencatat kemenangan ke atas Perak dalam Liga Super minggu lalu, apabila bertandang ke Larkin, malam ini.

Selepas tewas 1-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi suku akhir pertama, jurulatih, Eduardo Almeida berkata defisit itu bukan halangan untuk anak buahnya beraksi pada tahap terbaik.

Katanya, di atas kertas tuan rumah adalah pilihan mara ke separuh akhir namun peluang pasukan MU belum tertutup kerana masih memiliki baki 90 minit saingan.

“Segala kemungkina­n boleh berlaku. Justeru saya mahu pemain mempamer aksi terbaik dalam pertemuan itu dan saya percaya pemain mampu bertindak cemerlang seperti aksi ketika menewaskan Perak di pentas Liga Super minggu lalu.

“Walaupun fokus kami ialah kekal di pentas Liga Super, peluang berdepan pasukan hebat seperti JDT harus digunakan sebaik mungkin,” katanya semalam.

Sementara itu di Johor Bahru, pengendali skuad Harimau Selatan, Ulisses Morais berkata beliau bakal melakukan rombakan kecil barisan pemainnya apabila berdepan MU di laman sendiri malam ini.

Katanya, beberapa pemain yang kerap diturunkan dalam aksi saingan liga kemungkina­n akan direhatkan, namun kesebelasa­n utama yang akan diturunkan sama kualiti dan tidak berdepan masalah membentuk skuad mantap.

“Kita berada dalam kedudukan selesa selepas menang aksi suku akhir pertama tetapi itu bukan jaminan kerana ada 90 minit lagi permainan dan saya tetap merencana strategi terbaik dan memperkema­skan barisan pemain.”

 ??  ?? Rembatan pemain JDT, Safiq Rahim (kiri) dihalang pemain MU Khair Muhammad Jefri Jones pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.
Rembatan pemain JDT, Safiq Rahim (kiri) dihalang pemain MU Khair Muhammad Jefri Jones pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia