Berita Harian

Selangor buru gol awal

Nidzam ingatkan pemain Kedah waspada kelicikan pelawat

- Oleh Syafiq Aznan dan Izzali Ismail bhsukan@bh.com.my

Juara 33 kali, Selangor tidak memiliki sebarang pilihan apabila mereka perlu memburu gol awal ketika bertemu Kedah bagi menghidupk­an peluang untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Pengendali­nya, P Maniam mengharapk­an jaringan awal dapat merentap semangat skuad Helang Merah itu dan memberikan kelebihan kepada mereka untuk mengawal permainan sekali gus mencari kelebihan gol di tempat lawan.

Cabaran sukar

Namun, bekas jurulatih Airasia FC itu mengakui anak buahnya berdepan cabaran yang begitu sukar untuk menembusi pertahanan Kedah dengan dia menuntut pemain agar tidak mensia-siakan peluang di hadapan gol.

“Bukan tugas yang mudah untuk beraksi menentang Kedah di laman sendiri namun saya percaya dengan kemampuan pemain. Saya mengharapk­an pemain dapat menyudahka­n peluang dengan baik.

“Apapun, selepas dua kekalahan ini, saya mahu anak buah saya memperagak­an kebangkita­n dan mereka perlu menyematka­n dalam diri bahawa mereka bersedia sepenuhnya serta mampu untuk menewaskan Kedah,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff mengingatk­an pemainnya supaya lebih berwaspada dengan kemampuan dan kelicikan pemain Selangor.

“Tiada jalan mudah kerana beberapa tonggak Selangor memiliki skil permainan yang baik dan licik seperti Andik Vermanshah, Amri Yahyah dan Rufino Segovia yang mampu melakukan kejutan selepas mereka tewas di Selayang minggu lalu.

“Keputusan luar jangkaan boleh terjadi jika kita lalai, lebih-lebih lagi jika pemain mudah berasa selesa dengan kelebihan jaringan,” katanya.

 ??  ?? Kelibat Segovia (kiri) meresahkan Nidzam menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.
Kelibat Segovia (kiri) meresahkan Nidzam menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia