Berita Harian

Kogi tak rela Tok Gajah gigit jari

- Oleh Azizan Hashim dan Asrol Awang

Kuantan: Pemain Pahang, R Kogileswar­an tidak mahu ketinggala­n untuk memastikan Pahang layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan sedia menggempur kubu pertahanan Perak dalam perlawanan suku akhir kedua, malam ini.

Bekas pemain Frenz United FC itu berkata, keyakinann­ya semakin meningkat selepas menjaringk­an gol pertama buat skuad Tok Gajah ketika membantu mencatat kemenangan 30 ke atas Sarawak, Rabu lalu.

“Saya akan memberikan segala-galanya jika diberi kepercayaa­n untuk diturunkan pada pertemuan dengan Perak malam esok (malam ini).

“Peluang beraksi menentang Sarawak dan menjaringk­an gol pertama musim ini sangat membantu meningkatk­an keyakinan diri... saya harap pihak pengurusan memberi kepercayaa­n dan memilih saya dalam kesebelasa­n utama,” katanya.

Percaturan taktikal

Skuad Tok Gajah belum memutuskan sama ada bakal menggandin­gkan Kogileswar­an bersama Matheus Alves di bahagian serangan menjelang aksi suku akhir kedua kerana ia bergantung kepada percaturan taktikal memandangk­an kedudukan Pahang masih belum selamat.

Perak yang turut dikenali The Bos Gaurus perlu mencatat kemenangan 2-0 bagi memastikan mereka mengisi slot separuh akhir piala berprestij itu, selepas Pahang menang 3-1 dalam suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur.

Sementara itu, di Ipoh, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Soffian berkata sebanyak 20 jersi skuad Bos Gaurus diberikan kepada pembeli tiket bertuah bagi aksi Perak-pahang malam ini.

Katanya, jersi itu akan diberikan ketika pembelian tiket secara tunai di kaunter semalam dan hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia