Berita Harian

Razif bangga jadi pelari gunung

Sedia berdikari andai berdepan detik cemas di laluan sejuk pergununga­n

- Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Mungkin ramai rakyat Malaysia kurang tahu mengenai perlumbaan ‘Ultra Tour Monte Rosa (UTMR)’, namun bagi peminat larian lasak ultra maraton tidak lengkap ‘kamus hidup’ mereka jika tidak menyertai larian gunung terbabit biarpun sekali seumur hidup.

Malah, larian UTMR sejauh 116 kilometer (km) itu bermula di perkampung­an terpencil di Cervenia, Lembah Aosta, Itali, yang terletak di kawasan 2,006 meter dari paras laut dan berakhir di Grachen, Switzerlan­d (1,620m) itu dianggap larian paling mencabar di benua Eropah.

Ini kerana setiap pelari UTMR bukan hanya perlu mendaki lima puncak gunung di Banjaran Alps setinggi antara 2,800m hingga 3,000m dari paras laut, malah turut berdepan pelbagai risiko lain termasuk ancaman suhu yang ekstrem, penyakit akut gunung (AMS) dan reput fros.

Semua peserta juga perlu mengharung­i pelbagai cabaran lain termasuk memanjat dan menuruni cerun curam, meredah kawasan bersalji dan licin dengan takat suhu serendah bawah -5C ditambah dengan tiupan angin kencang di waktu malam.

Jadi tidak hairanlah jika majoriti peserta UTMR mengambil masa antara 24 jam hingga 36 jam untuk menamatkan larian lasak berkenaan.

Peserta terawal sampai ke garisan penamat ialah Marco Giorgetti (Italy) dengan catatan masa 24 jam 26 minit. Manakala peserta paling lewat ialah Calesta Fong (Australia) dengan masa 36 jam 52 minit.

Mahu sahut cabaran di AS

Begitu juga dengan dua peserta dari Malaysia iaitu Razif Yahya dan Khairul Anuar Abdul Rahim yang mengambil masa lebih 30 jam untuk menamatkan larian selepas mereka dilepas bersama peserta lain pada jam 6 pagi waktu tempatan, 7 September lalu.

Razif, 45, yang ditemui di Putrajaya, nyata bersyukur kerana berjaya sampai ke garisan penamat UTMR dengan berbekalka­n pengalaman­nya menyertai larian ultra marathon Tor des Geants (TDG) sejauh 330km mengambil masa enam hari di Lembah Aosta, Itali, pada tahun lalu.

“Saya amat gembira kerana dapat menamatkan larian UTMR dengan cabaran cuaca yang sangat sejuk dan keadaan hujan yang menyebabka­n trek licin dan basah.

“Apa yang penting adalah pengalaman berharga dan cabaran terpaksa dihadapi sepanjang kejohanan ini memang tidak boleh dijual beli atau didapati di tempat lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Razif yang kini bertugas sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berkata sebelum menyertai acara larian UTMR ini semua peserta wajib menjalani proses saringan ketat bagi memastikan mereka mampu menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Jika berlaku kes-kes kecemasan, contohnya jatuh dari gunung dan patah anggota badan, peserta hendaklah mampu berdikari di atas gunung sebelum bantuan kecemasan tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Razif juga merancang untuk menyertai perlumbaan ‘Western States Endurance Run’ di California atau Hardrock Hundred Mile Endurance Run di Colorado, Amerika Syarikat, pada tahun depan.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Razif muncul peserta Malaysia sahut cabaran larian gunung 'Ultra Tour Monte Rosa (UTMR) di Itali.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Razif muncul peserta Malaysia sahut cabaran larian gunung 'Ultra Tour Monte Rosa (UTMR) di Itali.
 ??  ??
 ??  ?? Razif bersama peserta merentasi laluan gunung di perlumbaan di Itali.
Razif bersama peserta merentasi laluan gunung di perlumbaan di Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia