Berita Harian

Impian Jazeman sertai F1 belum padam

Harap ada syarikat multi nasional tampil hulur tajaan

- Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Pelumba profesiona­l negara, Jazeman Jaafar, tetap optimis dapat beraksi di perlumbaan Formula 1 (F1) suatu hari nanti biarpun dia kini beraksi di perlumbaan Blancpain Endurance Series Formula Renault 3.5.

Bagaimanap­un, hasrat Jazeman, 24, kini terbantut kerana beliau memerlukan dana dan tajaan mencecah hingga RM65 juta untuk membolehka­nnya beralih ke F1 pada masa depan.

Justeru, pelumba berasal dari Kuala Lumpur itu masih menaruh harapan tinggi untuk berlumba di F1 sebelum berusia 30 tahun jika ada syarikat multi nasional dan dermawan yang sanggup menyalurka­n dana atau menajanya.

Jazeman menganggap peluang berlumba di Formula Renault 3.5 adalah platform terbaik baginya untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman sebelum beraksi di F1.

Sertai Mclaren GT

Dia juga bakal berlumba bersama satu daripada empat kereta Strakka Racing Mclaren 650S GT3, bersamasam­a rakan akademi dan pelumba pengeluar jentera ikonik British berkenaan.

Bekas pemandu Program Pembanguna­n Bakat PETRONAS itu juga bakal memasuki musim penuh keduanya selepas muncul selaku naib juara Siri Blancpain Endurance bersama pasukan HTP Motorsport, tahun lalu.

Jazeman bakal kembali mengharung­i musim baharu bersama pasukan Strakka Racing dan Mclaren GT selepas menjalani sesi ujian rasmi perlumbaan di Sirkit Paul, Perancis, baru-baru ini.

Sesi ujian Siri Blancpain GT adalah penampilan kedua Jazeman bersama jentera 650S GT3 selepas dia mengujinya pada sesi ujian di Valencia, hujung tahun lalu.

Oleh itu tidak hairanlah jika Jazeman sangat berbangga kerana dapat mengikat persetujua­n bersama Mclaren GT dan berada dalam akademi berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kereta GT yang digunakan Jazeman memburu gelaran di Eropah.
Kereta GT yang digunakan Jazeman memburu gelaran di Eropah.
 ??  ?? Jazeman segak dalam pakaian perlumbaan.
Jazeman segak dalam pakaian perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia