Berita Harian

Parti Hijau sedia kerjasama dengan Buruh

-

Wellington: Pemimpin Parti Hijau New Zealand, James Shaw berkata semalam, beliau bersedia bekerja dengan Parti Buruh untuk membentuk kerajaan dengan populis Parti Pertama ketika kiraan menunjukka­n Parti Nasionalis memerintah bakal memperoleh undian paling banyak namun kekurangan majoriti.

Shaw berkata, mesejnya untuk pemimpin Parti Pertama, Winston Peters ialah, ini adalah masanya untuk mengetepik­an perbezaan dan bekerja bersama Buruh bagi mengguling­kan parti penyandang.

Ulasannya dibuat selepas 93.7 peratus keputusan dikira menunjukka­n parti Buruh memperoleh 35.7 peratus undian manakala parti Nasionalis, 46.2 peratus.

Keputusan itu menunjukka­n, sama ada parti utama memerlukan parti Pertama bagi membentuk kerajaan berikutnya. Parti Hijau sudah berpakat dengan Buruh.

Keputusan undian 7 Oktober

Keputusan akhir undian tidak akan didedahkan sehingga 7 Oktober ini.

Di bawah undang-undang ketat pilihan raya New Zealand, tinjauan pengundi tidak dibenarkan ketika hari mengundi dibuka jam 9 pagi (2100 GMT Jumaat) dan ditutup jam 7 malam (0700 GMT).

Ada 3.2 juta pengundi berdaftar di mana 1.24 juta sudah membuang undi lebih awal.

Tiada parti memperoleh kerajaan majoriti dalam 120 kerusi parlimen New Zealand sejak undian perkadaran diguna pakai pada 1996 dan pilihan raya ini agak mustahil mengubahny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia