Berita Harian

Iran uji peluru berpandu balistik Khorramsha­hr

-

Dubai: Iran berjaya menguji peluru berpandu balistik baharu dengan jarak 2,000 kilometer yang dipamerkan­nya dalam satu perarakan tentera kelmarin, lapor media tempatan semalam.

Pelancaran ujian peluru berpandu Khorramsha­hr yang dikatakan Iran boleh membawa beberapa kepala peledak, kemungkina­n menaikkan kebimbanga­n Washington.

Penyiar tempatan IRIB menyiarkan rakaman ujian peluru ber- pandu itu tanpa memberi masa dan lokasi, termasuk video daripada kamera dalaman yang dikatakann­ya menunjukka­n pelepasan kon yang membawa beberapa kepala peledak.

“Anda melihat imej ujian berjaya peluru berpandu balistik Khorramsha­hr dengan jarak 2,000 km, peluru berpandu terbaharu negara kami.

“Ini adalah peluru berpandu ketiga Iran dengan jarak 2,000 km,” kata televisyen tempatan itu.

Perkukuh keupayaan peluru berpandu

Khorramsha­hr kali pertama dipaparkan dalam satu perarakan tentera kelmarin di mana Presiden Hassan Rouhani berkata, Iran akan mengukuhka­n keupayaan peluru berpanduny­a tanpa memohon sebarang kelulusan mana-mana negara.

Dalam Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu, Trump berkata, Iran sedang membangunk­an keupayaan peluru berpanduny­a dan menuduhnya mengekspor­t keganasan ke Yaman, Syria dan bahagian lain Asia Barat.

Beliau juga mengkritik perjanjian dibuat Amerika Syarikat (AS) dan negara kuasa dunia lain dengan Iran di mana Tehran bersetuju mengehadka­n program nuklearnya sebagai balasan melonggark­an sekatan ekonomi.

 ??  ?? Peluru berpandu balistik Khoramshah­r dipamerkan semasa perarakan tentera di Tehran, Iran, kelmarin.
Peluru berpandu balistik Khoramshah­r dipamerkan semasa perarakan tentera di Tehran, Iran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia