Berita Harian

‘Pakistan Girl’ sasar perangi rasuah, dera wanita

Komik adiwira baharu Pakistan cuba beri inspirasi kepada generasi muda

-

Adiwira wanita terbaru Pakistan berikrar memerangi pegawai rasuah dan melindungi wanita lemah, ketika penciptany­a cuba memberi inspirasi kepada generasi akan datang berjuang menentang ketidakadi­lan dalam masyarakat mementingk­an golongan lelaki.

Siri komik baharu Pakistan Girl adalah berkisar kepada Sarah, seorang remaja normal yang memiliki kucing, memperoleh kuasa luar biasa selepas terjaga daripada koma akibat letupan di kampungnya.

Memakai jubah hijau, warna kebangsaan Pakistan, watak protagonis itu merotan seorang lelaki yang memukul wanita di sebuah pasar dan menyelamat­kan gadis diambil sebagai tebusan oleh pegawai polis meminta rasuah dalam komik siri pertama dikeluarka­n musim panas ini.

Suntik keberanian wanita

Pencipta komik bahasa Inggeris itu berkata, beliau berharap watak wirawati itu akan menjadi contoh kepada gadis muda di seluruh Pakistan serta memberanik­an mereka untuk memerangi rasuah dan keganasan di sebuah negara di mana jenayah berleluasa di bandar besar manakala rasuah adalah pemandanga­n biasa.

“Wujud kekurangan model ikutan wanita dan adiwira dalam media aliran utama di sini. Kami mahu mencipta watak gagah wanita untuk gadis Pakistan dan malah kanak-kanak lelaki di negara ini,” kata penulis Hassan Siddiqui.

Wanita dalam negara konservati­f Pakistan berjuang mendapatka­n hak mereka selama berdekad, di sebuah negara di mana gelaran ‘pembunuhan bermaruah’ dan keganasan lain ke atas wanita masih menjadi kebiasaan.

Komik terima respon positif

Netizen dalam media sosial mengalualu­kan komik itu, menulis pandangan sebahagian besarnya positif dalam talian serta menggesa lebih banyak kisah adiwira di masa akan datang.

“Ia adalah langkah amat bijak. Saya adalah peminat setia komik Marvel dan DC serta tidak sabar untuk mengikuti komik ini,” tulis peminat, Syed Hassan Nasir di Facebook.

Penulis berkata, beliau kini bercadang untuk menulis versi Urdu

 ?? [FOTO AFP] ?? Seorang pelanggan membaca komik bersiri ‘Pakistan Girl’ di sebuah kedai buku di Islamabad, barubaru ini.
[FOTO AFP] Seorang pelanggan membaca komik bersiri ‘Pakistan Girl’ di sebuah kedai buku di Islamabad, barubaru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia