Berita Harian

Avril Lavigne, Bruno Mars selebriti paling bahaya

-

Los Angeles: Penyanyi pop Avril Lavigne dan Bruno Mars berada dalam senarai teratas selebriti dikategori­kan paling berbahaya untuk carian dalam talian kerana ia mendedahka­n peminat ke laman web berniat jahat.

Syarikat keselamata­n siber, Mcafee berkata, selain itu, penyanyi seperti Carly Rae Jepsen, Zayn Malik dan Celine Dion turut berada dalam lima senarai teratas tahunan mereka kerana carian nama terbabit menjurus peminat menekan laman hubungan mencurigak­an mendedahka­n mereka kepada malware.

Ia berkata, carian untuk ‘Avril Lavigne free mp3’ mengakibat­kan 22 peratus peluang dihubungka­n ke laman web jahat.

Lavigne, 32, yang terkenal pada 2002 dengan hit single Complicate­d kini jauh daripada lingkungan selebriti kerana penyakit Lyme yang dikatakan menjadi puncanya terlantar.

Cadang keluar album baharu

Bagaimanap­un, Lavigne pada 2016 berkata, beliau bercadang mengeluark­an album baharu tahun ini, pertama dalam tempoh empat tahun, jelasnya menjadi punca carian meningkat mengenai berita itu.

Kajian Mcafee tahun ini dikuasai pemuzik namun aktor yang mencatat senarai 25 teratas termasuk bintang Pitch Perfect; Anna Kendrick, Jennifer Lopez dan pelakon meningkat naik, Hailee Steinfeld.

“Dalam dunia digital hari ini, kami mahu album hit terbaru, video, filem dan lebih banyak lagi berada dalam peranti kami. Fikir dulu sebelum ‘klik’ memastikan anda lebih selamat dalam talian,” kata Naib Presiden Pemasaran Pengguna Global Mcafee, Gary Davis dalam satu kenyataan.

 ??  ?? Avril Lavigne
Avril Lavigne

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia