Berita Harian

Atlet Para KL2017 pamer perjuangan membanggak­an

-

Ketika saya menulis surat ini, Malaysia masih mengekori di tempat kedua dalam pungutan pingat keseluruha­n Sukan Para ASEAN di belakang Indonesia. Ada kemungkina­n keputusan itu akan kekal sehinggala­h edisi kesembilan temasya ini akan berakhir dengan negara kekal menduduki tempat kedua.

Apa juga keputusann­ya, saya mahu merakamkan penghargaa­n dan rasa bangga terhadap kontinjen para negara yang berhempas pulas beraksi dalam setiap saingan yang disertai.

Saya berkesempa­tan menyak sikan sukan renang di Pusat Akuatik Nasional, secara jujurnya ini adalah kali pertama saya menyaksika­n temasya bagi atlet para ini.

Tetapi sayangnya sambutan penonton memang amat menghampak­an berbanding pada temasya Sukan SEA yang baru berakhir.

Banyak yang boleh dipelajari daripada menyaksika­n temasya para ini kerana di sebalik kekurangan yang ada, saya lihat atlet istimewa ini tidak berputus asa untuk beraksi dengan mempamer kesungguha­n 100 peratus.

Perenang Indonesia hebat

Atlet ini berjaya mengatasi kekurangan fizikal yang ada untuk mencipta kejayaan kadang kala melampaui apa yang mampu dilakukan kita yang normal.

Pasti kita tidak terbayang bagaimana mereka yang perlu menggunaka­n kerusi roda kerana tidak mempunyai keduadua kaki tetapi mampu berenang seperti kita yang mempunyai fizikal yang lengkap.

Apa yang saya lihat, atlet Indonesia mencipta kejayaan luar biasa di kolam renang sekali gus mengetepik­an dominasi atlet Thailand.

Di kolam renang misalnya, Indonesia mempunyai ramai perenang yang juga muka baharu.

Sudah tiba masanya kontinjen negara perlu mencari lebih banyak bakat baru kerana ketika saya berada di Pusat Akuatik Nasional, saya nampak ada beberapa acara yang tidak diwakili perenang negara.

Saya pasti ramai lagi bakatbakat yang boleh diketengah­kan bagi mengisi kekosongan yang ada bagi menyertai temasya ini di masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia