Berita Harian

Masalah scoliosis tidak boleh dipandang ringan

-

Keputusan jaguh renang kebangsaan, Khoo Cai Lin bersara selepas 14 tahun menabur bakti di pelbagai peringkat pertanding­an perlu dihormati.

Cai Lin bersara kerana sudah lama menanggung kesakitan bahagian belakang disebabkan masalah scoliosis atau tulang belakang bengkok dan mujur dia sudah menjalani pembedahan membaiki posisi tulang belakangny­a.

Sebagai peminat sukan renang, saya mengajak rakyat Malaysia mendoakan kesihatann­ya sepan jang proses pemulihan daripada pembedahan.

Olahragawa­ti Kebangsaan 2007 itu sebenarnya banyak berkorban kepada negara lebihlebih lagi selepas 12 tahun menanggung kesakitan tulang belakang akibat scoliosis.

Akibat masalah itu, Cai Lin juga membebanka­n bahunya kerana lebih banyak menggunaka­n berat badan untuk mengimbang­inya.

Badan senget

Biarpun masalah ini jarang diambil peduli, difahamkan banyak atlet lain terutama dalam sukan badminton juga dipercayai ada menanggung masalah ini kerana mereka dikatakan berlatih terlalu lama menggunaka­n kekuatan sebelah badan sahaja.

Jadi sebagai ibu bapa, kita harus melihat postur anakanak bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah scoliosis apabila meningkat dewasa.

Pihak sekolah dan guruguru juga disaran menitik beratkan amalan ergonomik dalam kelas bagi memastikan anak didik didedahkan dengan maklumat bahaya scoliosis sekali gus mendidik mereka menjadi individu yang mementingk­an postur ketika belajar dan seterusnya memasuki dunia pekerjaan.

Kita tidak mahu, anak yang lahir sempurna sifatnya, tetapi sering gagal diterima bekerja andainya bakal majikan mengetahui masalah tulang belakang anak kita yang mungkin tidak boleh berdiri dengan tegak dan segak sebaliknya dilihat senget atau condong.

 ??  ??
 ??  ?? Khoo Cai Lin menghidap tulang belakang bengkok (scoliosis) dan terpaksa bersara dari sukan renang.
Khoo Cai Lin menghidap tulang belakang bengkok (scoliosis) dan terpaksa bersara dari sukan renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia