Berita Harian

F1 di Sepang tiada galang ganti

-

S:

Pertamanya tahniah di atas lanjutan kontrak Datuk selaku CEO di SIC. Bagi perlumbaan F1nale, pelbagai usaha dibuat oleh SIC untuk menarik minat datang menyaksika­nnya. Bagaimana sambutanny­a setakat ini?

J: Jika dilihat dari segi jualan tiket, ia masih belum mencapai apa yang kita harapkan sekali pun ia perlumbaan terakhir di sini selain pelbagai usaha termasuk mengadakan pemotongan harga jualan tiket sebanyak 82 peratus. Secara teori, ia sepatutnya laris dan kami berharap ia akan terus meningkat sehingga hari perlumbaan nanti. Tetapi kami juga tidak mahu terlalu optimis selepas rekod jualan yang buruk pada tahun lalu. Dari sudut persiapan SIC, kami sudah bersedia menerima kehadiran pasukan dan peminat ke sini.

S:

Saya masih ingat satu ketika dulu Datuk berkata sukar untuk membayangk­an SIC tanpa F1. Buat pertama kali situasi itu akan menjadi kenyataan pada tahun depan. Adakah SIC sudah bersedia?

J: Kita perlu realistik dan tidak terlalu emosi mengenai situasi yang terjadi. Jelas selepas penilaian yang mendalam, ia tidak memihak kita dalam pelbagai aspek. Kita melakukan pelbagai cara sebelum ini untuk melihat F1 terus di Malaysia termasuk dengan berbincang dengan pemilik termasuk penguranga­n yuran penganjura­n dan sebagainya namun ia jelas tidak memuaskan hati kita. Tahun lalu, selepas apa yang terjadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri melihat jika ia berterusan kita akan terus rugi. Jadi penjimatan yang dibuat dapat dialihkan kepada pembanguna­n sukan itu sendiri.

S:

J: Bagi saya F1 itu sendiri yang gagal memikat peminat kerana ia tidak lagi menarik dan orang sudah mula bosan. Kita jangan lupa GP tahun lalu bukan saja mencatatka­n penurunan peminat ke SIC, namun dari sudut penonton televisyen ia adalah terendah. Selain itu, kombinasi dari segi kemampuan ekonomi rakyat tempatan juga antara punca. Sekali pun harga barang sentiasa meningkat, tetapi harga tiket tidak naik dan bagi kebanyakan orang, F1 bukan saja keutamaan dalam bajet mereka. Kombinasi itu membuatkan kami sukar untuk terus menganjurk­annya. Sepatutnya ia senang kerana F1 adalah perlumbaan empat

Apakah antara masalahnya?

roda paling berprestij namun ia tidak semudah itu. Selain itu, F1 sudah pun meletakkan nama Malaysia di pentas dunia jadi sasaran awal penganjura­nnya memang sudah dicapai.

S:

Sudahkah SIC memiliki perancanga­n jangka masa pendek atau panjang berprestij lain ke sini?

J: F1 adalah perlumbaan empat roda paling berprestij di dunia dan jika mereka tidak mampu menjana peminat, saya rasa tiada perlumbaan lain boleh menggantik­annya termasuk Nascar dan Le Mans. Memang ada dua atau tiga cadangan dengan keutamaan kita adalah kejuaraan dunia. Satu daripadany­a ialah perlumbaan V8 Australia dan Supergt Jepun. Tetapi ia masih memerlukan penelitian yang terperinci dan perlu membawa manfaat kepada negara dan impak kepada ekonomi juga positif. Ada juga rancangan untuk membawa kejuaraan touring dunia ke sini tetapi apapun ia perlu diteliti terlebih dulu.

S:

Apakan perancanga­n SIC selepas ketiadaan F1?

J: Pada tahun depan, SIC tidak merancang untuk menambah atau menggantik­an F1 dengan perlumbaan lain di mana kita akan buat penilaian yang sebenar selepas ketiadaan F1. Kita akan buat penstruktu­ran semula dari segi tenaga kerja, kos struktur dan sebagainya. Selain itu, kita juga akan fokus kepada dua projek yang sudah dirancang untuk SIC sebelum ini. Paling awal untuk memasukkan kembali perlumbaan empat roda berprestij adalah pada tahun

2019. Seperti laporan terdahulu, SIC memang sudah memiliki rancangan untuk mengubah litar menjadi sebuah hab hiburan bersepadu dengan jumlah pelaburan yang besar. Setakat ini, SIC masih memiliki 156 hektar tanah yang belum dibangunka­n daripada sebahagian daripada 270 hektar tanah. Saya melihat untuk menjadikan Litar Suzuka di

Jepun sebagai salah satu contoh bagi pembanguna­n litar ini.

S:

Adakah Datuk berdendam dengan ‘supremo’ F1 Bernie Ecclestone apabila dia mengatakan pihaknya mungkin ‘terlebih caj’ promoter untuk menganjurk­an F1?

J: Tidak kerana pertamanya dia tidak menipu dan kita sendiri menandatan­ganinya tanpa paksaan. Sebenarnya dia (Bernie) sudah bersedia untuk berbincang dengan kita tetapi pada Januari dia dipecat. Apabila ia berlaku, hubungan baik kita selama 19 tahun hilang. Kita tiada hubungan seperti itu dengan pemilik baharu iaitu Liberty Media tetapi saya tidak boleh salahkan mereka juga. Tetapi bagi saya sikap mereka (Liberty Media) juga menyakitka­n hati di mana banyak perkara yang kita ingin lakukan di F1nale mereka tidak benarkan dan sebagainya.

S:

Kali terakhir pelumba negara beraksi di F1 ialah Alex Yoong di Minardi pada 2001. Adakah ketiadaan F1 di Malaysia mematikan minat bakatbakat berpotensi di negara ini?

J: Kita tidak ketandusan bakat sebenarnya namun sukan permotoran bukan murah. Ia menjadi penghalang utama tetapi bagi saya ia tidak mematikan minat mereka. Bayangkan jika syarikat seperti PETRONAS yang menjadi penaja utama tidak boleh meletakkan pelumba program mereka bagaimana orang lain mampu melakukann­ya. Kerana itu kita perlu realistik dengan untuk meletakkan pelumba di pasukan kurang ternama saja memerlukan kos RM15 ke 20 juta. Ketika ini, pelumba-pelumba negara mungkin kurang diberi perhatian seperti perlumbaan dua roda tetapi apa yang boleh saya katakan, kita masih belum ketandusan bakat.

S:

Apa harapan Datuk untuk F1nale?

J: Saya berharap edisi terakhir ini mendapat sokongan yang penuh oleh peminat kerana kita tidak pasti bola lagi ia akan dianjurkan di Malaysia. Disebabkan ia yang terakhir, kita sudah melakukan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang bagi saya lebih baik berbanding sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia