Berita Harian

Mourinho rambang mata

Sukar pilih penyerang terbaik berganding dengan Lukaku

-

Jose Mourinho menimbang untuk menggandin­gkan Anthony Martial, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford bersama-sama di jentera serangan Manchester United dalam usaha mengekalka­n 'ketajaman' ketiga-tiga peledak mudanya itu.

Pengurus Manchester United itu mendapati enam pemainnya kini berada di prestasi terbaik untuk mengisi empat posisi bagi mengemudi bahagian depan Red Devils iaitu selaku penyerang tunggal dengan tiga pemain tengah menyerang beroperasi di belakang.

Lukaku yang sudah menjaringk­an tujuh gol sejak menyertai United musim panas lalu tampak seperti pilihan automatik untuk posisi nombor sembilan.

Tetapi kebangkita­n prestasi penyerang Perancis, Martial dan penyerang muda England, Rashford menyukarka­n Mourinho untuk memilih siapa yang akan digandingk­an di belakang Lukaku.

Prestasi baik

Begitupun, Mourinho menegaskan ia bukan masalah sekali pun Juan Mata, Henrikh Mkhitaryan dan Jesse Lingard juga di prestasi baik yang menjadikan persaingan untuk merebut tempat kini semakin sengit.

"Ya, Rashford dan Martial boleh bermain bersama," kata Mourinho. "Berapa kali ia sudah berlaku? Saya fikir sudah beberapa kali terutamany­a pada musim lalu.

"Ia sukar buat Martial namun ia lebih sukar bagi ramai lagi pemain. Ramai pemain yang berada di prestasi yang hebat bermain dengan baik.

"Tiada siapapun patut berada di bangku simpanan. Namun jumlah mereka semua adalah empat, ditambah Lukaku dan Mkhitaryan, ia menjadi enam. Saya tidak boleh menurunkan mereka semua."

Martial, 21, tampak seperti calon bukan pilihan buat Mourinho selepas tampil dengan prestasi kurang konsisten musim lalu, namun dia kembali membuktika­n dirinya dan bersedia untuk bermain dengan sistem yang baharu.

"Dia banyak meningkat," kata Mourinho. "Ia bukannya datang dengan sendiri, dia mempunyai keinginan untuk melakukann­ya, selain efektif di bahagian pertahanan.

"Semua mereka memberikan saya pilihan. Semua mereka pantas dalam situasi satu lawan satu. Kesemua mereka boleh menjaringk­an lebih gol. Mereka berbeza namun dari sudut global, mereka semua amat sama."

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia