Berita Harian

Benitez gembira prestasi Newcastle

-

London: Selepas tiga kemenangan berturut-turut ke atas West Ham, Swansea City dan Stoke City yang membawa Newcastle United ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), Rafa Benitez kini boleh bercakap mengenai momentum baik kelab itu ketika ini.

Begitupun, bekas pengurus Liverpool itu yang membawa Newcastle ke EPL musim ini tetap mengingatk­an pemain-pemainnya mengenai bahaya yang menanti mereka.

Selepas meledak dua gol kemenangan dalam dua perlawanan terakhir menerusi tandukan menerusi Jamaal Lascelles, Benitez dijangka merehatkan kaptennya itu.

“Saya melakukann­ya kepada beliau namun saya turut melakukann­ya dengan beberapa pemain yang lain,” kata Benitez.

Dapat pujian

“Apabila kamu melakukan perkara dengan amat baik, saya berkata kepada mereka adalah amat penting untuk memberi tumpuan kepada kerja kamu.

“Saya mempunyai bertahun-tahun pengalaman. Ia adalah perkara yang paling sukar. Kamu sedang melakukan kerja dengan baik dan semua orang memuji kamu.

“Kadang kala jika kamu muda, kamu akan hilang fokus. Jadi saya perlu mengingatk­an mereka yang ini satu-satunya perkara cara untuk terus dipuji.”

Benitez berkata, Lascelles gembira dengan pendekatan yang digunakan terhadapny­a.

“Mudah untuk saya memberitah­unya. Kamu perlu terus bekerja keras kerana dia sedang melakukann­ya. Kami cuba untuk memperbaik­i beberapa aspek dalam permainann­ya, namun dari sudut mentaliti dan karektor, dua bagus.

Lascelles antara tonggak Newcastle ketika mereka memenangi perlawanan penting bertemu Brighton di Liga Kejuaraan musim lalu dan kedua-duanya bertemu dijadual berentap hari ini.

 ??  ?? Jamaal Lascelles
Jamaal Lascelles

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia