Berita Harian

Neymar cabar CR, Messi

Ketiga-tiga bintang dunia dicalonkan untuk pemain lelaki terbaik

-

Neymar disenaraik­an bersama Cristiano Ronaldo (CR) dan Lionel Messi sebagai tiga calon terakhir bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) yang diumumkan di sini, semalam.

Bintang Brazil berusia 25 tahun itu merangkul Copa del Rey bersama Barcelona pada musim lalu sebelum menyertai Paris Saint Germain (PSG) dengan rekod perpindaha­n dunia bernilai 222 juta Euro (RM1.14 bilion).

Ronaldo pilihan utama

Bagaimanap­un, Ronaldo, 32, dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi anugerah terbabit selepas membantu Real Madrid meraih kejuaraan La Liga dan trofi Liga Juara Juara buat kali ketiga dalam empat tahun.

Dia turut menyambar anugerah itu pada tahun lalu selepas menjulang trofi Liga Juara-juara bersama Real Madrid dan gelaran Euro 2016 bersama Portugal.

Ronaldo sebelum ini memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia pada 2008 dan dia juga adalah pemenang empat Ballon d’or.

Messi, 30, menyumbat 54 gol pada musim lalu untuk membantu Barcelona memenangi Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Bintang Argentina itu yang pernah lima kali memenangi anugerah Ballon d’or, membuat permulaan hebat pada kempen ini, dengan meledak 12 gol dalam lapan penampilan pertama.

Pemenang untuk anugerah FIFA 2017 itu akan diumumkan dalam satu majlis di London Palladium pada 23 Oktober ini.

 ??  ?? Messi Neymar Ronaldo
Messi Neymar Ronaldo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia