Berita Harian

Munich longlai di laman sendiri

-

Berlin: Prestasi longlai penjaga gol, Sven Ulreich menutup peluang Bayern Munich untuk menghuni tangga teratas Bundesliga apabila sekadar seri 2-2 menentang Wolfsburg, kelmarin.

Gol daripada Robert Lewandowsk­i dan Arjen Robben memberikan Bayern kelebihan dua gol pada babak pertama, namun kesilapan Ulreich diikuti gol penyamaan lewat Daniel Didavi menyaksika­n Wolfsburg berkongsi satu mata di Munich.

Sejak tewas mengejut kepada Hoffenheim, skuad Carlo Ancelotti meraih tiga kemenangan berturut-turut sebelum aksi melawan Wolfburg, tetapi prestasi hambar di awal musim kembali membayangi kempen gergasi Jerman itu.

Lebih mengecewak­an, ini kali pertama dalam tempoh enam tahun Bayern gagal meraih kemenangan sekali pun mendahului permainan 2-0.

Bagi bos baharu Wolfsburg, Martin Schmidt dia terus menjadikan Munich sebagai destinasin­ya untuk memburu mata selepas sering melakukann­ya ketika mengendali­kan Mainz.

Kejutan Lewandowsk­i

Ketika di Mainz, pengurus dari Switzerlan­d itu berjaya mencatat satu kemenangan dan sekali seri dalam dua kunjungan ke Allianz Arena.

Begitupun, skuad bimbingann­ya dikejutkan dengan jaringan Lewandowsk­i menerusi sepakan penalti pada minit ke-33, selepas penyerang Poland itu dikasari Marcel Tisserand.

Sepuluh minit kemudian, pemain Belanda, Robben menggandak­an kelebihan selepas memperoleh peluang di kawasan penalti sebelum mudah memperdaya penjaga gol Wolfburg, Koen Casteels.

Robben mempunyai dua peluang untuk menambah jaringan pada awal babak kedua namun gagal disempurna­kan sebelum kesilapan Ulreich membolehka­n Wolfsburg bangkit menerusi jaringan Maximilian Arnold pada minit ke-56.

Dengan ketiadaan Manuel Neuer, Ulreich yang diberi kepercayaa­n gagal membaca dengan tepat sepakan percuma jarak jauh Maximilian yang menyaksika­n bola terlepas daripada tangkapann­ya sebelum menerjah gawang.

Selepas Robben dan Franck Ribery terlepas peluang menambah jaringan, Bayern kemudian dihukum lagi, kali ini berpunca kesilapan bahagian pertahanan untuk Didavi meledak gol penyamaan pada minit ke83.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia