Berita Harian

Tiga pemain kongsi pendahulu

-

Atlanta: Justin Thomas membenam eagle pada lubang ke-18 par lima untuk melakukan 66 pukulan pada pusingan kedua, sekali gus berkongsi kedudukan pendahulu Jelajah Kejuaraan bersama pemain England, Paul Casey dan Webb Simpson.

Ketiga-tiga pemain mengumpul keseluruha­n tujuh bawah par 122 selepas dua pusingan pada kejohanan terakhir play-off Jelajah PGA 2017 yang berlangsun­g di lapangan East Lake itu.

Simpson dan Casey masing-masing melakukan tiga bawah par 67 selepas memulakan permainan di tangga kedua, dengan Thomas yang menjuarai Kejuaraan PGA dan memenangi liga kejohanan musim ini melakukan pukulan menakjubka­n pada lubang terakhir.

Pukulan baik

"Saya benar-benar merasa seperti saya bermain atau mempunyai peluang untuk melakukan pukulan yang amat rendah hari ini atau melakukan jumlah pukulan yang baik di sini," kata Thomas.

"Saya memperoleh beberapa pukulan putt yang baik yang saya sendiri tidak tahu mengapa ia tidak masuk."

Justin Thomas 67-66, Paul Casey (ENG) 66-67, Webb Simpson 66-67

Patrick Reed 69-65, Justin Rose (ENG) 68-66, Gary Woodland 67-67, Jon Rahm (ESP) 67-67

Xander Schauffele 69-66, Jason Dufner 68-67, Brooks Koepka 66-69,

Terikat di tangga keempat dengan enam bawah par 134 ialah Patrick Reed, pemain England Justin Rose (66), Gary Woodland (67) dan pemain Sepanyol, Jon Rahm (67).

Muka baharu, Xander Schauffele (66), juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Brooks Koepka (69) dan Jason Dufner (67) berkongsi di tangga kelapan selepas melakukan lima bawah par 133.

Thomas, 24, berpeluang membawa pulang bonus kemenangan AS$10 juta (RM41.98 juta) Piala Fedex jika memenangi kejuaraan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia