Berita Harian

50 penduduk tinggal sehelai sepinggang

15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Padang Bongor

- Oleh Rohana Idris

Lebih 50 penduduk di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini tinggal sehelai sepinggang selepas 15 kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Padang Bongor, Wakaf Mek Zainab, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, 15 rumah setinggan termasuk empat rumah kosong yang dibina berdekatan antara satu sama lain menggunaka­n kayu musnah menyebabka­n semua penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa, Zuariah Osman, 45, berkata dia enam beranak terpaksa berteduh di luar rumahnya itu walaupun sudah musnah sementara cuba mencari kediaman lain.

Katanya, keputusan itu terpaksa dibuat kerana sudah tiada tempat untuk dituju, malah tidak mampu untuk mencari rumah sewa.

“Ketika kejadian, saya sangkakan ada suami isteri bergaduh dan sebaik bangun saya terkejut kerana ternampak api di dinding dan terus mengejutka­n semua ahli keluarga.

“Niat saya untuk naik ke tingkat atas bagi menyelamat­kan dokumen penting dan sedikit wang simpanan terpaksa dilupakan kerana bara mula jatuh dari atas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Musibah itu mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang hadir mengunjung­i mangsa dan menyerahka­n sumbangan sebanyak RM500 setiap keluarga.

Cucu sempat selamat nenek

Bagi Mek Wok Che Ibrahim, 73, pula, dia dikejutkan satu bunyi letupan ketika tidur sebelum menjerit kepada anak serta cucu supaya menyelamat­kan diri.

Katanya, empat cucu berjaya menyelamat­kannya dengan menggunaka­n kerusi roda memandangk­an dia tidak mampu berjalan kerana sakit lutut.

“Kami bersyukur kerana dapat menyelamat­kan nyawa walaupun kehilangan rumah didiami lebih 50 tahun lalu,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik menafikan terdapat unsur khianat yang menyebabka­n 15 kediaman itu musnah.

 ??  ?? Api marak memusnahka­n 15 kediaman dalam kejadian kebakaran di Padang Bongor, Wakaf Mek Zainab, semalam.
Api marak memusnahka­n 15 kediaman dalam kejadian kebakaran di Padang Bongor, Wakaf Mek Zainab, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia