Berita Harian

Johor siapkan 588 unit rumah mampu milik

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Sebanyak 588 unit Rumah Mampu Milik Johor dan Rumah Komuniti Pakej B di Taman Scientex, dekat sini, siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pembeli semalam.

Ia membabitka­n 191 Rumah Mampu Milik Johor pada harga RM150,000 dan 397 unit Rumah Komuniti Pakej B pada harga RM80,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata inisiatif syarikat Scientex Berhad itu menyokong usaha kerajaan negeri menyediaka­n kemudahan asas sangat penting untuk rakyat.

Katanya, kerajaan negeri sedar dalam keadaan ekonomi Johor yang sedang berkembang pesat, pembanguna­n dan kemajuan tidak bermakna jika rakyat masih belum ada kediaman sempurna dan selesa.

Sedar keperluan rumah selesa

“Bagi kerajaan negeri, apalah makna pembanguna­n jika hidup rakyat tidak sejahtera. Kerajaan negeri sedar antara perkara boleh menyempurn­akan kesejahter­aan ialah jika memiliki rumah sendiri.

“Hasrat kerajaan negeri untuk melihat di Johor ini, setiap rakyat yang tinggal di bandar atau luar bandar, tidak kira yang berada atau tidak, mereka mempunyai kediaman sempurna.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor Taman Scientex, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jais Sarday.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri meletakkan tumpuan terpenting hasrat untuk membina lebih banyak rumah yang diperlukan oleh seluruh lapisan masyarakat.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Mohamed Khaled (empat dari kiri) diiringi Jais (tiga dari kanan) bersama sebahagian wakil penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor Taman Scientex, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Mohamed Khaled (empat dari kiri) diiringi Jais (tiga dari kanan) bersama sebahagian wakil penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor Taman Scientex, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia