Berita Harian

Bomoh direman 7 hari kes cabul tiga pelajar

-

Bintulu: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes cabul membabitka­n tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik.

Suspek yang juga bomoh berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa dua beradik itu mengheretn­ya ke Balai Polis Bintulu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun memberitah­u perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatka­n rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, di sini.

Sebelum itu, bomoh berkenaan mendakwa semua mangsa menghadapi masalah peribadi dan memerlukan rawatannya.

“Dalam sesi rawatan itu suspek membogelka­n dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

“Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumka­n kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudianny­a menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis,” katanya.

Beliau berkata, selepas ditahan, polis menghantar lelaki berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila mukanya lebam selepas ditumbuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia