Berita Harian

Menyingkap kisah di sebalik Gua Hira

Mendaki Jabal Nur bukan semudah disangka walaupun tidak tinggi

- Oleh Wan Amirul Amsyar Wan Ahmad Jailani

Mengambil kesempatan sedikit masa yang ada selepas mengerjaka­n haji, tiga remaja mendaki Gunung Jabal Nur, yang letaknya enam kilometer dari Masjidilha­ram, untuk menjengah Gua Hira.

Penulis bersama adik, Wan Amirul Aizzat, 19, yang juga pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Rembau serta rakan, Muhammad Aqib Mohd Rafik, 22, peluang menjejak perkembang­an syiar Islam di tanah suci tidak harus disia-siakan.

Apatah lagi Gua Hira adalah lokasi pertama wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menerusi malaikat Jibrail ketika Baginda beribadat bersendiri­an di gua berkenaan.

Atas kesedaran itu, kami bergerak seawal jam 1 pagi, dari hotel penginapan di Land Premium, menuju kaki Gunung Jabal Nur yang mempunyai ketinggian 642 meter.

Gua Hira adalah gua kecil

Panjangnya

3.5 meter, lebar

1.5 meter dan letaknya 4 meter dari puncak gunung

Berhati-hati mengatur langkah

Dari kaki gunung itu, bersandark­an cahaya lampu suluh yang dibawa, mereka mengatur langkah dengan berhati-hati agar tidak tergelinci­r dalam kegelapan menjelang Subuh.

Selepas mendaki lebih sejam, penulis tiba di gua bersejarah itu yang turut dilawati jemaah dari Turki, China dan Indonesia.

Ketika dalam pendakian, penulis terserempa­k dengan dua kucing yang dilihat kelaparan.

Kami memberi haiwan kesayangan Nabi ini makan ayam goreng.

Bagi penulis, pendakian ini tidak semudah disangka kerana batu-batunya tajam walaupun ada anak tangga dibentuk bagi memudahkan pendaki tiba di gua kecil kira-kira empat meter sebelum sampai ke puncak.

Selami kesusahan isteri Nabi

Di hadapan pintu gua, terdapat tulisan Arab ‘Ghor Hira’ dengan cat merah, manakala di atasnya ada tulisan dua ayat pertama Surah AlAlaq dengan cat warna hijau.

Kami berasa sayu apabila azan Subuh dari Masjidilha­ram kedengaran jelas di Gua Hira.

Muhammad Aqib berkata, walaupun sudah banyak kali mendaki gunung lebih tinggi seperti Gunung Datuk di Negeri Sembilan; Gunung Bah Gading, Perak; Gunung Berantai, Pahang dan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal, pendakian di Jabal Nur tetap memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Selepas solat Subuh di ruang sempit berhampira­n gua, kami turun dari Jabal Nur dengan selamat.

Kami dapat rasakan kesusahan isteri Nabi, Khadijah Khuwailid ketika naik turun gunung untuk membawa bekalan makanan kepada Nabi ketika Baginda menyendiri di gua berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kucing binatang kesayangan nabi turut ditemui ketika mendaki ke Gua Hira.
Kucing binatang kesayangan nabi turut ditemui ketika mendaki ke Gua Hira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia