Berita Harian

Gadis Jarum Emas & Dewa Penumbra

-

Sebilah jarum emas jatuh dari langit pada satu malam tatkala rembulan, matahari dan bumi berada pada satu garis paralel: “Malam Penumbra,” kata ahli falak tersohor.

Darimanaas­aljarumema­sini - tidaklah diketahui. Cuma pada malam kejadian - langit berkemilau dengan garis cahaya lurus; meluncur meredah langit malam dan terlihat seperti komet. Berjamjam jalur bola api itu menjunam menghala ke bumi - dengan garis cahaya berekor panjang; tajam, halus dan menirus. Akhirnya, cahaya api makin mengecil dan terus mengecil; terbang meredah udara malam gelap; lalu melayang dan terapung-apung di tengah laman padang rumput yang lapang. Belum sempat bilah halus berwarna emas itu jatuh ke rerumputan - segera disambar lalu dipekup dalam telapak tangan. Seorang gadis terdiam; separuh tergamam. Saat genggaman tangannya dibuka, dia tersenyum.

“Oh,” kata gadis itu:

“Engkaulah jarum emas yang ditunggu-tunggu.”

2

Ahli falak itu menyebut: “Gerhana aneh malam itu bukan sembaranga­n kejadian!”

“Ini malam gerhana sangat mistik. Malam Dewa Penumba meludah ke bumi.”

“Keajaiban apa?”

Tanya pelajarnya.

Ahli falak itu - yang jendul dahinya - dengan rambut keriting keras serta menegak seperti ditulah sisa elektrik - serta tubuhnya gemuk dan pendek dan perut bulat memboyot; menjawab dengan lantang:

“Seorang bijaksana lagi tajam akalnya, akan memperoleh hikmat,” katanya dengan tenung mata tajam: “Sesuatu akan turun dari langit dan menghasilk­an pesona pada percakapan­nya. Bukan saja manusia, malah anjing buas dan ular berbisa - juga akan patuh pada cakapnya!”

3

Malam itu, si gadis tidur dengan meletakkan jarum emas di bawah bantal; matanya berkedip-kedip memandang ke luar pintu kaca balkoni. Dia nampak bias cahaya lampu jalan - bulan memudar, serta bayang-bayang bangunan tinggi nun di kejauhan. Dalam mabuk udara malam masuk dari tingkap kondominiu­m dibuka luas itu - dirinya terasa terapung-apung saat berbaring di sofa. Akhirnya - dirinya lesap ditelan mimpi.

“Jangan buang masa,” kata Dewa Penumbra yang muncul dalam tidurnya: “Esok pagi, sisip jarum itu di bawah lidah. Pasang niat - dirimu mampu berkata-kata dan merubah dunia. Sekelip mata - kamulah pemilik dunia!”

4

Sudah bertahun-tahun kota bermandi perarakan. Hampir saban minggu, setiap Sabtu dan Ahad - gelembung barisan manusia turun berduyun-duyun memenuhi sepanjang jalanan. Wajah tikungan jalan panjang di tengah-tengah kota terlihat seperti arus sungai melimpahru­ah memenuhi tebing dan mengalir perlahan. Ada kala sungai terbentuk di atas tikungan jalan kelihatan kuning arusnya, terkadang pula merah. Namun, kerap kali juga. arusnya berwarna pelangi. Sejak bertahun-tahun lalu, dari balkoni rumahnya - si gadis akan duduk menyerangg­uh di birai; meletakkan dua telapak tangan sambil meneleku dagu. Dia akan asyik melihat sungai mengalir lesu dengan pelbagai warna di atas jalan raya.

Selalunya, semua itu membuatkan si gadis berasa kagum dengan semangat manusia yang sanggup meredah terik matahari musim kemarau, atau kelebatan hujan ketika tengkujuh. Manusia tetap tega berarak beramairam­ai, sambil melaung-laung segala macam kemahuan.

“Kamu semua tidak pernah bosan,” bisik hati kecilnya:

“Soal undi dan agama, soal tol dan cukai, malah soal tidur seranjang sesama jenis jantina. Kamu meriahkan jalanan.

Namun, tiada penghujung­nya.”

Cuma sekarang - setelah bertahun-tahun melihatkan semua itu suasana jalanan kota yang bersungai-sungai dengan arus manusia berpakaian segala macam warna - si gadis nekad. nekad. Apa lagi setelah bertemu Dewa Panumba dalam tidurnya semalam.

“Aku harus memimpin dunia!” 5

“Mengapa perlu menentang zina?” Jerit si gadis.

Beribu-ribu manusia berdiri di depannya; di bawah pijar matahari mengapungk­an wap panas melambung dari permukaan tar.

“Kalau seks menjadikan manusia bahagia,” katanya: “Bukankah itu satu kemurnian untuk hubungan lelaki dan wanita?”

Para hadirin melopong. Melihatkan peserta perarakan ternganga - si gadis meneruskan hujahnya.

“Tak kiralah kita ini kelompok berbaju apa pun,” katanya: “Apa salahnya seks kalau ia tanda kasih-sayang. Perkahwina­n menyeru kasih-sayang, tetapi kalau kasih-sayang terbina tanpa perkahwina­n, maka itu lebih baik kerana manusia tulus bercinta tanpa perlu berkahwin!”

“Bukankah itu dosa?”

Jerit seorang hadirin.

“Ya!” jawab si gadis tegas: “Dosa kalau dilakukan demi nafsu yang sia-sia. Tetapi kalau seks itu tercipta atas rasa cinta dan saling menyayangi, perkahwina­n tidak lagi perlu. Perkahwina­n sebenarnya, menyeru ikatan kasih sayang bagi manusia yang sengaja mahu mempersend­akan seks!”

Sejak ucapan kali pertama itu sepantas kilat nama si gadis menjadi sohor. Di sana-sini, orang hanya akan bercakap mengenai kehebatan ucapan-ucapannya. Malah, orang jadi makin terpesona, kerana setelah bertahun-tahun, sejarah jalanan hanya dipenuhi warna demi warna. Kini, apa saja warna - ia sudah tidak berbeza.

“Kita berbeza warna,” kata-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia