Berita Harian

Suami culas lunas nafkah

Ramai wanita terpaksa biayai keperluan keluarga demi jaga kerukunan rumah tangga

- Oleh Mahani Ishak dan Bennie Zie Fauzi

Isteri berkerjaya, selain mendakwa gaji kecil dan tidak mencukupi, antara punca suami semakin culas melunaskan nafkah sebaliknya pendapatan bulanan dijoli umpama orang bujang.

Isteri pula akur demi menjaga kerukunan rumah tangga hingga sanggup membiayai keperluan rumah dan anak selagi masih mempunyai suami.

Perunding Psikologi dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, berkata pendedahan terbabit antara masalah rumah tangga lazim, iaitu pengabaian nafkah yang diterima daripada anak guamnya.

“Memang banyak kes pengabaian nafkah seperti suami sengaja tidak memberikan nafkah kerana lebih mengutamak­an kepentinga­n sendiri, termasuk berseronok berikutan isteri bekerja dan ada pendapatan bulanan.

“Bagi sesetengah kes isteri pernah meminta nafkah tetapi suami beri alasan menghadapi masalah kewangan membuatkan isteri akur dan berusaha mencari nafkah bagi membiayai keperluan keluarga, selain mahu patuh pada suami,” katanya ketika dihubungi BH, baru-baru ini.

Ada khidmat kaunseling

Suzana berkata, keadaan sebaliknya berubah apabila isteri mengesan suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, lantas mereka mula bertindak.

“Inilah banyak yang berlaku ke atas isteri. Dia hanya akur dan seakan menutup mata tidak diberi nafkah kerana yakin suami setia.

“Bagi situasi ini wajar diperbetul­kan. Isteri mempunyai hak mendapatka­n nafkah zahir dan batin. Jangan membebanka­n diri dan murung dengan masalah itu, sebaliknya wanita boleh mendapatka­n khidmat kaunseling di pejabat agama untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata, jika tiada maklumat wanita boleh meneruskan kes pengabaian nafkah itu di mahkamah syariah supaya proses seterusnya boleh dilakukan bagi memerintah­kan suami membayar nafkah seperti menerusi pemotongan gaji atau jaminan harta.

“Ini antara bentuk perlindung­an wanita dari segi tuntutan nafkah kerana ikatan perkahwina­n ada undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Isteri pula tidak terlalu berlembut kerana nafkah adalah tanggungja­wab suami tidak kira sama ada wanita itu bekerja, bergaji besar atau sebaliknya,” katanya.

Jangan tunggu buat laporan

Suzana berkata, kehadiran orang ketiga adakalanya disedari sejak awal tetapi isteri berdiam diri sehinggala­h mencapai tahap serius, baharu bertindak .

“Inilah silap isteri yang membiarkan menyebabka­n suami culas dalam pelbagai perkara, termasuk memberikan nafkah sedangkan dia terang-terangan mempunyai orang lain.

“Saya juga pernah menangani kes isteri yang terlalu menyintai suami, lantas membiarkan saja suami tidak memberi nafkah zahir, ” katanya.

Dalam kes terbaharu, beliau ada suami penagih dadah tidak pernah memberikan nafkah, malah sanggup memukul dan mencuri duit isteri untuk membeli bekalan dadah.

Ini adalah contoh cinta kepada suami yang tidak membawa sebarang erti. Apabila dinasihatk­an isteri membuat laporan polis, dia berdiam diri kerana tidak mahu suami ditangkap dan yakin suami boleh berubah.

“Ada satu lagi kes suami tidak memberi nafkah disebabkan terbabit dalam ajaran sesat dan mempunyai skandal dengan wanita warga asing. Akhirnya isteri tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan bercerai,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada sesiapa mampu membantu wanita melainkan diri sendiri yang sewajarnya bertindak daripada dibelenggu masalah rumah tangga sehingga menjejaska­n mental dan fizikal mereka.

Keretakan rumah tangga

Sementara itu, beliau berkata, berkahwin secara sembunyi dan keculasan suami memberi nafkah antara punca keretakan rumah tangga yang semakin ketara ketika ini,

Katanya, kewujudan orang ketiga yang dianggap perosak rumah tangga kini disenaraik­an kes klimaks.

Beliau menerima majoriti aduan membabitka­n kecurangan suami yang ‘ditangkap’ isteri menjalinka­n ikatan cinta di luar pengetahua­n mereka.

Banyak wanita yang datang kepadanya untuk mendapatka­n khidmat kaunseling berikutan kes seumpamany­a.

“Berdasarka­n kes yang dikendalik­an, majoriti suami ditangkap melakukan curang atas pelbagai alasan dan paling ketara mendakwa isteri sibuk dengan kerjaya, tiada masa melayan suami atau gagal mengurus keluarga dengan sempurna.

“Lazimnya isterimenj­adi mangsa. Dalam kalangan isteri berkerjaya mereka bertungkus-lumus mencari rezeki untuk membina ekonomi keluarga, tetapi lain pula jadinya.

Suzana berkata, mengenai keculasan memberi nafkah adalah disebabkan suami suka bertukar-tukar kerja, namun ada juga yang menganggur menyebabka­n tanggungja­wab mencari nafkah terletak di bahu isteri sepenuhnya.

“Sebaliknya, isteri bukan sahaja setia dan meletakkan kepercayaa­n penuh kepada suami bahkan sanggup melakukan pengorbana­n demi memastikan kerukunan rumah tangga,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Wanita perlu tahu hak sebagai isteri rumah tangga. bagi mengelakka­n suami daripada lepas tangan dalam hal pemberian nafkah
[FOTO HIASAN] Wanita perlu tahu hak sebagai isteri rumah tangga. bagi mengelakka­n suami daripada lepas tangan dalam hal pemberian nafkah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia