Berita Harian

Cabaran Idayu

Bersaing di pentas AF Megastar selaku peserta dengan markah tertinggi

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Persembaha­nnya pada Konsert AF Megastar Homecoming pertama, beberapa minggu lalu, berjaya memikat hati juri. Ia sekali gus memberi laluan mudah untuk dirinya bersaing dalam konsert mingguan AF Megastar yang sudah pun memulakan saingan sebenarnya, Ahad lalu.

Lebih membanggak­an, apabila namanya menduduki carta pertama selepas berjaya memperoleh markah sebanyak 92 peratus.

Pernah tersingkir awal ketika bergelar pelajar AF3, Idayu menyifatka­n keputusan juri sebagai sesuatu di luar jangkaan dirinya. Dia terkejut dengan pencapaian itu kerana persaingan dalam konsert prelude terbabit cukup hebat, apatah lagi ada antara mereka yang turut bertanding pernah bergelar juara program AF sebelum ini.

Walaupun mendapat markah yang tinggi, namun ia bukanlah tiket untuknya terus hanyut dalam kejayaan serta alpa dalam mengejar cita-cita.

Menangi hati pengundi

Kata pemilik nama penuh Nur Farah Idayu Yaakob ini, ada misi lebih penting baginya untuk memastikan kejayaan akan terus berada dalam genggamann­ya.

“Sejujurnya saya memang terkejut apabila mendapat tahu saya mendapat markah paling tinggi di antara 12 finalis yang terpilih. Saya tahu, ramai lagi penyanyi yang bagus turut bertanding. Apabila dimaklumka­n, juri sememangny­a mencari penyanyi sebenar menerusi program ini, barulah saya rasa lebih yakin.

“Selepas berjaya memenangi hati juri, fokus saya kini adalah bagaimana mahu memenangi hati pengundi. Berikutan itu, saya kini sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan.

“Ketika ini, berat badan saya adalah sekitar 69 kilogram (kg). Bagi mendapatka­n berat yang sesuai, saya kena turunkan sehingga 58kg,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas

kedua di Shah Alam, berakhir.

Amal pemakanan sihat

Sebagai usaha ke arah itu, penyanyi berusia 32 tahun ini mula mengamalka­n pemakanan sihat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia