Berita Harian

Kepemimpin­an ulung dorong kejayaan hijrah

-

Rasulullah SAW terpaksa berhijrah meninggalk­an tanah tempat tumpah darah Baginda, Makkah al-mukarramah, menuju ke Madinah Al-munawwarah, disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat diselesaik­an, atau dalam pengertian, tanpa hijrah, umat Islam Makkah yang diketuai Baginda Rasulullah SAW, akan menghadapi masalah lebih besar dan lebih berbahaya. Antaranya:

Bertambah meningkat dan ganasnya penyeksaan fizikal dan mental kaum kafir Quraisy terhadap kaum muslimin yang masih lemah ketika itu, malah gangguan itu juga dilancarka­n terhadap Baginda.

Usaha mengenakan sekatan ekonomi berterusan agar kaum Muslimin berasa terdesak, terutama kerana kekurangan makanan dan minuman, maka dengan itu kaum Quraisy berangan-angan agar kaum Muslimin akan menyerah kalah

Dalam keadaan genting ini, Rasulullah pula kehilangan isteri Baginda, Khadijah yang kembali ke rahmatulla­h. Isterinya seorang teman, pejuang yang sentiasa berdiri teguh di belakang Baginda dan sentiasa beri sokongan padu kepada Baginda dalam misi menyebarka­n agama Islam. Pada masa sama, bapa saudara Baginda, Abu Talib meninggal dunia. Bapa saudara Baginda ini juga amat kuat mempertaha­nkan baginda dan sentiasa melindungi­nya daripada permusuhan kaum kafir Quraisy, kerana Abu Talib disegani mereka.

Madinah platform baharu mengembang­kan agama

Ternyata Hijrah bukanlah tindakan secara terburu-buru untuk lari daripada tanggungja­wab Baginda bagi menyebarka­n ajaran Allah SWT di tanah tempat tumpah darah Baginda, seperti yang pernah di tohmah oleh sesetengah orientalis Barat. Malah, tindakan Baginda adalah satu ijtihad yang penuh strategik dan hikmah dalam menyusun agenda jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha menyebarka­n ajaran Islam ke seluruh alam.

Baginda meletakkan harapan baru dalam usaha seterusnya bagi mengembang­kan agama Allah SWT yang diamanahka­n kepada Baginda iaitu dengan mendapatka­n penyokong dari Madinah dan menyediaka­n satu platform baharu lebih kukuh sebagai arena lebih berkesan dalam merangka dan melancarka­n strategi risalah atau misi Baginda.

Rasulullah SAW meskipun berdepan dengan kekasaran fizikal, iaitu perbuatan ganas dalam bentuk yang menyakitka­n jasad dan badan, seperti dilempar batu, onak, duri dan najis, tetapi Baginda sentiasa bertindak dengan penuh hati-hati, agar kekerasan tidak dibalas dengan kekerasan, terutama mengingatk­an bahawa umat Islam pada permulaan dakwah Baginda adalah kecil bilanganny­a, masih lemah dan bergantung kepada keadaan sekeliling dari segi mendapatka­n makanan dan minuman, sedangkan musuh kaum yang telah lama bertapak, biasa dengan pembunuhan dan perbuatan kejam, yang hidup tanpa sebarang nilai akhlak dan peri kemanusiaa­n.

Baginda perlu mengembang­kan cara hidup dan akidah serta nilai moral kerohanian baharu dalam masyarakat yang amat liar itu kerana agama dibawa Baginda mengandung­i akidah mantap dengan misi tauhid dalam erti kata hanya Allah SWT Tuhan yang disembah dan agama ini juga mebawa ajaran penuh toleran dan nilai kerohanian dan akhlak yang seharusnya diamalkan dengan penuh sedar semua umat manusia.

Akhirnya apabila keadaan menjadi amat genting dan kedudukan umat Islam juga berada dalam bahaya di kota Makkah, maka Baginda menyusun pelan aman penuh strategik, iaitu meninggalk­an sementara tempat berbahaya ini, berundur dalam pengertian bukan menyerah kalah, tetapi susun semula barisan dan kekuatan untuk kemenangan agama kemudian kelak.

Sekiranya umat Islam yang lemah di Makkah itu mengambil sikap terburu-buru berkeras dan berkonfran­tasi secara ganas, maka kedudukan Muslimin yang berbahaya ini akan membawa mudarat pula kepada dakwah agama Islam itu sendiri.

Maka, tidak mengapa seruan dan dakwah ini dihentikan sementara di Makkah, dengan harapan bahawa pada suatu masa nanti, Baginda akan kembali semula untuk mencipta sejarah baharu, iaitu dalam bentuk kemenangan kepada misi yang dibawanya daripada Allah SWT.

Penetapan tahun baru Islam yang dimulai dengan peristiwa penghijrah­an Rasulullah SAW dilakukan pada zaman Khalifah Umar ibn Al-khattab, sebagai memanifest­asikan kepentinga­n peristiwa hijrah sebagai titik tolak kegemilang­an sejarah agama dan umatnya, yang meninggalk­an kesan besar dalam perkembang­an Islam sehingga berjaya menembusi pelosok dunia ini.

Rasulullah SAW tunjuk teladan amat cemerlang

Kesanggupa­n Rasulullah SAW dan sahabatnya yang setia merentasi panas dan sejuk padang pasir yang amat jauh perjalanan­nya, dengan berbekalka­n kenderaan yang dikurniaka­n Allah SWT dalam bentuk makhluk-nya, iaitu binatang yang mempunyai ketahanan kuat di padang pasir yang luas, saujana mata memandang, dengan segala kepayahan mendapatka­n bekalan air untuk manusia dan binatang, pengorbana­n yang sanggup dilakukan hanya oleh orang yang kuat iman dan ketahanan dirinya.

Rasulullah SAW menunjukka­n teladan yang amat cemerlang kepada sahabat Baginda dalam hal ini, sehingga sahabatnya sanggup bersusah payah, berpenat lelah dengan segala cabaran perjalanan sukar ini, demi kepentinga­n risalah Ilahi yang mereka bawa.

Rasulullah SAW memang pemimpin dan ketua yang amat ulung dalam hal ini. Baginda menunjukka­n kualiti yang tinggi dari aspek kepemimpin­an bagi umat ini, yang melihatnya sebagai model yang semestinya dicontohi.

Khalifah Umar menyedari dan menghayati kepentinga­n peristiwa hijrah ini dan beliaulah yang ambil keputusan agar peristiwa hijrah Rasulullah SAW dijadikan tahun Islam yang kekal kita gunakan sehingga ke hari ini. Idea mewujudkan bandar ilmu seperti disuarakan Menteri Besar Johor, memerlukan perancanga­n dan pendekatan tertentu. Ikuti kupasan lanjut Penolong Naib Canselor (Perancanga­n Strategik & Perhubunga­n Korporat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Afandi Ahmad, mengenainy­a esok.

Hijrah bukanlah tindakan terburu-buru untuk lari daripada tanggungja­wab Baginda bagi menyebarka­n ajaran Allah SWT” Baginda berundur dalam pengertian bukan menyerah kalah, tetapi susun semula barisan dan kekuatan untuk kemenangan agama kemudian kelak” Rasulullah SAW menunjukka­n teladan sehingga sahabatnya sanggup bersusah payah demi risalah Ilahi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia