Berita Harian

Tindakan didakwa ‘rampas’ prosiding undang-undang

Jho Low selar kenyataan kerajaan mahu jual elak susut nilai

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menegaskan tindakan kerajaan menyita kapal mewah Equanimity berhubung skandal penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai tidak sah.

Kenyataan Jho Low itu dilaporkan sebuah portal berita tempatan menerusi peguamnya semalam, yang mendakwa tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu sebagai ‘merampas’ prosiding undang-undang negara lain, selain menyelar kenyataan kerajaan yang mahu menjualnya secepat mungkin bagi mengelak penyusutan nilai.

Laporan itu menyebut, kenyataan peguam Jho Low itu adalah maklum balas terhadap kenyataan Dr Mahathir semalam yang menegaskan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia sependapat dengan Malaysia bahawa Equanimity dibeli menggunaka­n ‘duit rakyat Malaysia’.

Jho Low menerusi peguamnya, mendakwa tindakan itu sebagai ‘perbicaraa­n oleh media’ di bawah pentadbira­n Dr Mahathir, selain memutar belit kenyataan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang tidak terbabit dalam rampasan berkenaan.

“Perbicaraa­n Dr Mahathir oleh media menjadikan isu ini tidak mengikut proses perundanga­n adil dan saksama, sama seperti ketika mereka memanipula­si sistem Malaysia apabila krisis kehakiman pada 1988.

“Tindakan merampas Equanimity menunjukka­n kerajaan merampas prosiding undangunda­ng negara lain,” katanya menerusi laporan portal berita itu.

Sebelum ini, Equanimity menjadi pertikaian antara AS dan Indonesia selepas Indonesia memfailkan saman sivil penyitaan terhadap kapal mewah bernilai RM1 bilion itu.

Rabu lalu, kapal berkenaan selamat tiba di jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, pada jam 1 tengah hari selepas belayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.

Ketika tiba, kapal berkenaan diiringi tiga kapal Pasukan Polis Marin (PPM) selepas kerajaan Indonesia bersetuju menyerahka­n kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr Mahathir ketika kunjungan ke negara republik berkenaan, Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia