Berita Harian

Equanimity dikawal 24 jam, 18 kru bertugas dalam kapal

-

Tanjung Malim: Satu mesyuarat khas membabitka­n pelbagai agensi diadakan kelmarin bagi menyelaras kawalan keselamata­n terhadap kapal layar mewah Equanimity.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut terbabit bagi tugas mengawal Equanimity adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Boustead Naval (BN) Shipyard.

“Dalam mesyuarat khas semalam (kelmarin), kita sudah menyelaras Equanimity akan dikawal 24 jam dengan 18 kru kapal bertugas dalam kapal itu.

“Sepatutnya, akan ada 35 kru bertugas di atas kapal berkenaan, namun jumlah itu dikurangka­n kepada 18 sebaik ia tiba di negara ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaia­n sijil pelantikan pegawai Kor Suksis Universiti Awam Ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di sini, semalam.

Tak akan dipamer

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa kapal mewah Equanimity tidak akan dipamerkan kepada umum bagi menjaga kualiti dan kekemasan kapal itu.

Kapal layar itu dianggarka­n bernilai RM1 bilion, dipercayai mempunyai hubung kait dengan ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan kini berlabuh di jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang selepas tiba di Malaysia, Selasa lalu selepas diserahkan pihak berkuasa Indonesia.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Mohamad Fuzi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pegawai Kor SUKSIS terbaik keseluruha­n pada majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Ke-14 2018 di UPSI, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Mohamad Fuzi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Pegawai Kor SUKSIS terbaik keseluruha­n pada majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaia­n Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Ke-14 2018 di UPSI, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia