Berita Harian

Bursa dijangka diniaga tinggi

Peningkata­n lima minggu berturut-turut berikutan belian asing berterusan

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini selepas mencatat peningkata­n sejak lima minggu berturuttu­rut berikutan belian asing yang berterusan.

Ketua Penyelidik­an Interpacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, menjangkak­an pelabur asing kekal menjadi pembeli bersih dalam pasaran ekuiti tempatan untuk tempoh terdekat sebulan atau lebih, dan terus mendorong indeks utama meningkat.

“Oleh itu, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan antara 1,823 dan 1,890 mata minggu depan berikutan pembelian berterusan daripada pelabur asing,” katanya.

Pong melihat aliran masuk asing sebagai kitaran, terutama selepas pelabur antarabang­sa melabur hampir RM12 bilion nilai ekuiti tempatan pada awal Mei lalu.

“Saya melihat ini sebagai tempoh peralihan berikutan dana asing menjadi pembeli bersih secara konsisten di Bursa Malaysia sejak tiga minggu lalu,” katanya.

Ditanya bagaimana pembaharua­n fiskal 100 hari pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempengaru­hi pasaran tempa tan, terutama dengan tarikh akhir 17 Ogos yang semakin hampir, Pong berkata beliau tidak melihat sebarang impak kepada bursa tempatan pada masa ini.

“Saya tidak fikir manifesto 100 Hari PH akan memacu pasaran tempatan buat masa ini, melainkan keputusan politik seperti pembatalan projek infrastruk­tur atau pem binaan tertentu dibuat, seperti yang berlaku sebelum ini, hanya itu kita dapat melihat impaknya kepada saham yang berkaitan.

“Bagaimanap­un, (keadaan) itu sudah berakhir,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya tinggi antara 1,777.78 dan 1,812.69, disokong oleh belian asing yang berterusan, tetapi dihadkan oleh aktiviti pengambila­n untung pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran melepasi paras psikologi 1,800 untuk ditutup pada paras tertinggi ha rian pada 1,804.73 mata pada Rabu dengan dana asing membeli saham tempatan bernilai RM229.6 juta, menjadikan­nya aliran masuk ter ulan ini.

Asas Jumaat kepada Jumaat

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 25.66 mata kepada 1,805.75 daripada 1,708.09 sebelum ini.

Indeks FBM Emas meningkat 170.01 mata kepada 12,770.49 dan Indeks FBMT100 menambah 159.19 mata kepada 12,546.84.

FBM 70 menokok 126.41 mata kepada 15,588.78, FBM Ace naik 103.36 mata kepada 5,549.40 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 204.42 mata kepada 12,948.88.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 135.72 mata kepada 17,576.18, Indeks Perladanga­n me ningkat 89.44 mata kepada 7,712.83, bagaimanap­un Indeks Perusahaan susut 6.77 mata kepada 3,269.35.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 11.93 bilion unit bernilai RM11.07 bilion daripada 11.17 bilion unit bernilai RM10.70 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 7.52 bilion saham bernilai RM9.99 bilion daripada 6.65 bilion saham bernilai RM9.68 bilion.

Jumlah dagangan waran, bagaimanap­un, merosot kepada 2.10 bilion unit bernilai RM509.46 juta daripada 2.20 bilion unit bernilai RM584.34 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 2.29 bilion saham bernilai RM573.79 juta daripada 2.31 bilion saham bernilai RM428.57 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia