Berita Harian

Peniaga tunggu perkembang­an perang perdaganga­n China-as

- SAHAM ASIA

Asia jatuh minggu lalu berikutan peniaga menunggu perkembang­an terkini dalam perang perdaganga­n Chinaameri­ka Syarikat (AS).

Hong Kong jatuh 0.84 peratus atau 240.68 mata kepada 28,366.62.

Tokyo susut 1.3 peratus meskipun perangkaan menunjukka­n ekonomi Jepun berkembang lebih daripada dijangkaka­n pada suku kedua.

Tinjauan diselubung­i kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n dengan AS.

Sydney jatuh 0.3 peratus, Singapura berkuranga­n 1.3 peratus dan Seoul jatuh 0.9 peratus. Taipei, Mumbai, Manila dan Bangkok juga jatuh.

Bagaimanap­un, Shanghai ditutup sedikit tinggi.

Kejatuhan menjejaki petunjuk negatif meluas daripada Wall Street.

Jangka kenaikan kadar faedah Fed AS

Dengan beberapa perangsang utama dalam perang perdaganga­n, perhatian kini tertumpu terhadap penyiaran perangkaan indeks pengguna AS, yang mana akan memberi idea mengenai tekanan harga merentasi negara itu dan membantu memberi panduan Rizab Persekutua­n AS (Fed AS) dalam rancangan kadar faedahnya.

Bank pusat AS bercadang untuk menaikkan kos pinjaman lagi dua kali tahun ini, selepas menaikkan dua kali setakat ini kerana penguranga­n cukai besarbesar­an Presiden AS, Donald Trump dilaksanak­an dan ekonomi terus berkembang.

Jangkaan kenaikan harga men dorong dolar AS mengukuh dan mata wang itu mengekalka­n pengukuhan­nya semalam selepas pegawai rasmi Fed yang biasanya dianggap bernada tidak agresif menunjukka­n beliau akan menyokong lebih banyak kenaikan.

“Sekiranya data harga pengguna AS untuk bulan Julai mengesahka­n kenaikan inflasi yang stabil, ia akan menyokong dolar di samping spekulasi bahawa Fed AS akan menaikkan kadar faedah sekali lagi pada September,” kata Pakar Strategi Tukaran Asing Mizuho Securities, Kengo Suzuki.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans menyokong paras kadar ‘yang agak ketat’ bagi mengimbang­i pakej rangsangan fiskal, dengan menyatakan kemungkina­n inflasi mencecah 2.2 peratus.

Evans sebelum ini menentang kenaikan berikutan kebimbanga­n bahawa inflasi tidak akan berjaya mencapai sasaran Fed dua peratus.

“Bila nada tidak agresif menjadi agresif, kita perlu beri sedikit perhatian,” kata Ketua Strategi Pasaran Axitrader, Greg Mckenna.

Sementara dolar AS berdepan tekanan berbanding yen berikutan ketidakten­tuan perdaganga­n, ia meningkat berbanding kebanyakan mata wang lain.

Ia berada pada paras tinggi lebih setahun berbanding pound.

Euro jatuh berikutan kebimbanga­n krisis di Turki mungkin merebak ke Eropah.

Mata wang Turki, lira jatuh 12 peratus ke paras rendah pada satu ketika berikutan ketegangan antara Ankara dan Washington berhubung penahanan pastor AS.

Pada awal dagangan, London jatuh 0.4 peratus, Paris berkuranga­n 0.9 peratus dan Frankfurt merosot 0.8 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia