Berita Harian

PBT diarah ambil tindakan tegas

Selaras komitmen kerajaan banteras judi tanpa lesen

- Oleh Mohd Sabran Md Sani

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarah mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis perniagaan yang didapati terbabit dengan perjudian atas talian termasuk yang berselindu­ng di sebalik penjualan nilai tambah telefon bimbit.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tan Hong Pin, berkata arahan itu adalah selaras dengan komitken kerajaan ne- geri untuk membantera­s kegiatan judi tanpa lesen termasuk dalam talian.

“Antara usaha proaktif membantera­s judi haram ini dengan menggalakk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis.

“Ia berdasarka­n bidang kuasa dimiliki PBT melalui peruntukka­n Undang-undang Kecil (UUK) bagi menggerakk­an operasi membantera­s aktiviti itu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, semalam.

Isu serius

Beliau menjawab soalan tambahan Cheo Yee How (Ph-perling) mengenai status mesin kuda yang menjadi isu serius dan tindakan tegas diambil kerajaan bagi membantera­s aktiviti ini.

Hong Pin berkata PBT sebagai agensi di peringkat akar umbi mengambil inisiatif berdasarka­n kapasiti sendiri membantera­s aktiviti judi atas talian.

Majlis Perbandara­n Kluang (MPK) katanya, antara PBT yang secara proaktif menguatkua­sakan Undang-undang 49 Kecil Pelesenan Trend Perniagaan dan Industri MPK 2017 melalui ‘Ops Casino Royale’.

“Sebanyak 2,665 kompaun dikeluarka­n bernilai RM2.27 juta di kawasan PBT itu. Sejak November 2015 hingga awal bulan ini, 232 operasi dijalankan dan memeriksa sebanyak 240 premis dengan 179 operasi dilaksanak­an MPK secara bersendiri­an, manakala baki 53 operasi dilakukan secara bersepadu bersama Jawatankua­sa Keselamata­n Daerah,” katanya.

“Operasi MPK menyaksika­n penguatkua­saan Undang-undang 49 Kecil Perlesenan Trend Perniagaan dan Industri MPK 2017 terhadap 240 premis dengan nilai sitaan berjumlah RM700,000 bersama pelbagai peralatan.

“Sususlan itu 12 kertas siasatan dibuka untuk proses pendakwaan mahkamah ke atas pemilik dan pengusaha premis berkenaan,” katanya.

Antara usaha proaktif membantera­s judi haram ini dengan menggalakk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis” Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia