Berita Harian

DEEJAY ALAM MAYA

Faizal Ismail perluas operasi radio digital

- Oleh Hanisah Selamat

Bermula sekadar suka-suka dengan bersiaran dari rumah, tidak sampai setahun, empayar Radio Digital FBI yang diusahakan Faizal Ismail semakin kukuh apabila beroperasi di premis baharu yang lebih selesa.

Katanya, bersama tiga rakan kongsi, termasuk bekas rakan penyampai ketika di Hot FM, Fara Fauzana, mereka merancang memperting­katkan penyiaran hingga ke lokasi luar.

“Radio digital menerusi platform Facebook (FB) ini dimulakan sejak Syawal tahun lalu dengan siaran selama sejam setengah setiap hari. Alhamdulil­lah, ia mendapat sambutan di luar dugaan.

“Saya menerima pelbagai pertanyaan, terutama pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berminat menaja serta membeli iklan, selain meminta saya bersiaran dari tempat mereka.

“Memikirkan adanya permintaan, terutama daripada pihak yang sedang mengadakan promosi jelajah, kenapa tidak kami kembangkan operasi? Namun, ia masih mengekalka­n konsep digital iaitu siaran langsung sama ada menerusi FB, Youtube mahupun Instagram.

“Siarannya juga lebih meluas kerana sesiapa saja boleh mengakses saluran ini. Kami berpindah ke premis lebih selesa sejak April lalu untuk memperluas­kan operasi. Sebelum ini, konti cuma di rumah saya sendiri,” katanya.

Masih berkonsepk­an home office, Radio Digital FBI yang mempunyai petugas pemasaran dan teknikal itu bakal dilancarka­n secara rasmi dalam masa terdekat.

Pelbagaika­n slot

Katanya lagi, buat masa ini, pihaknya turut mencari penyampai lain untuk memenuhi permintaan semasa, sekali gus menambah waktu siaran.

“Sampai bila saya mahu bersiaran? Jadi, dengan adanya penyampai radio yang boleh menggantik­an saya atau Fara, kami dapat menumpukan perhatian terhadap pengurusan.

“Lagipun, banyak perancanga­n jangka panjang menanti, jadi kami perlu mempunyai pelapis untuk mempelbaga­ikan slot sekiranya mahu meneruskan projek siaran langsung di luar konti,” katanya.

Akui pengacara dan penerbit itu, idea bersiaran dari luar dicetuskan Fara. Sebagai pengusaha PKS, Faizal juga berhasrat membantu peniaga lain dengan pengalaman yang dimilikiny­a dalam dunia penyiaran.

“Saya berniaga daging hitam manis yang diusahakan bersama isteri, Nor Azlina Ahmad Din sejak tiga tahun lalu. Bermula kecilkecil­an, saya sudah memahami cabaran perniagaan PKS.

“Menerusi usaha ini, kami tidak hanya mempromosi­kan produk sendiri, sebaliknya turut membantu pengusaha lain. Promosinya juga lebih meluas memandangk­an radio digital boleh diikuti di manamana saja, termasuk mereka yang menetap di luar negara,” katanya.

Kembang perniagaan

Faizal berkata, memandangk­an permintaan terhadap perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan dari rumah semakin berganda, dia mula memindahka­n operasi mereka di sebuah kilang di Rawang, Selangor sejak November lalu.

Katanya, sebelum ini mereka hanya mampu menghasilk­an kirakira 30 kilogram sehari merangkumi daging dan ayam masak hitam selain dendeng.

“Promosi mulut ke mulut melonjakka­n permintaan terhadap produk yang diusahakan. Jadi, saya dan isteri sepakat memindahka­n dapur di lokasi lebih besar dan selesa di Rawang bagi memenuhi permintaan.

“Memang banyak perancanga­n kami susun, namun untuk memikirkan soal eksport ke luar negara, ia memerlukan pelan jangka panjang. Kami mahu penuhi dulu permintaan setempat dan buat masa ini, kami dalam proses mendapatka­n sijil halal.

“Selepas menerima pengesahan itu, baru kami fikirkan untuk tujuan eksport dalam skala besar,” katanya yang mengusahak­an bisnes makanan sejak 2015.

 ??  ??
 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ?? Gandingan Faizal dan Fara ketika di konti radio mencipta banyak kejayaan.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] Gandingan Faizal dan Fara ketika di konti radio mencipta banyak kejayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia