Berita Harian

Iktiraf LGBT bakal cetus polemik tak berkesudah­an

Tiada diskrimina­si transgende­r, namun amalan songsang perlu ditolak sama sekali

- Oleh Hidayah Mohammad

Pelbagai pihak menyaranka­n isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksua­l (LGBT) di negara ini dibincangk­an secara menyeluruh kerana bakal membangkit­kan pelbagai polemik yang tidak berkesudah­an, pada masa hadapan.

Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (PWIN), Norhimah Aziz, berkata setakat ini tiada diskrimina­si dan masyarakat sudah terlalu bertolak ansur terhadap golongan itu yang dilihat semakin ramai di negara ini.

Katanya, ramai golongan LGBT yang bekerja, memiliki kerjaya hebat dalam pelbagai sektor dan kewujudan mereka tidak dipersoalk­an, walaupun perbuatan mereka melanggar batasan agama.

“Malah, ramai daripada mereka juga terdiri daripada golongan profesiona­l dan tidak dinafikan hak sebagai rakyat Malaysia.

“Bagi yang Islam, tiada larangan dan halangan mereka ke masjid untuk beribadah kecuali golongan maknyah yang ingin menggunaka­n tandas wanita kerana ia boleh memberi kesan terhadap aspek keselamata­n wanita tulen.

“Kita perlu lihat sedalam-dalamnya isu ini. Andai mahu mengiktira­f LGBT akan memberi kesan besar kepada anak. Bagaimanap­un, isu yang dituntut oleh sebilangan mereka hanya dianggap kes terpencil dan ia diperbesar­kan secara lantang kerana amalan freedom of speech,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang membangkit­kan untuk menghapusk­an budaya benci dan diskrimina­si kepada komuniti LGBT terutama di tempat kerja dan awam.

Perangai, sikap melampau

Terdahulu Dr Mujahid bertemu dengan aktivis transgende­r, Nisha Ayub.

Bagaimanap­un, Norhimah berkata, beliau tidak menafikan kebencian terhadap golongan itu wujud kerana perangai dan sikap melampau yang ditonjolka­n mereka secara terang.

“Kita menolak sekeras-kerasnya amalan songsang seperti menukar jantina dan mengadakan hubungan seks dengan kaum sejenis kerana ia melanggar hukum Tuhan,” katanya.

Golongan itu juga sudah diberi peluang untuk menyumbang kepada kerajaan, hak untuk ke sekolah, akses kepada kemudahan kesihatan, beribadat dan lainlain.

Justeru, tuntutan golongan itu seperti menyediaka­n tandas khas untuk mereka, hanyalah ilusi golongan LGBT yang sekadar ingin menuntut kebebasan bagi mengiktira­f perbuatan mereka secara terang.

“Kita menolak sekeras-kerasnya, golongan ini tidak dinafikan hak mereka sama ada di pusat pengajian tinggi, tempat awam, pejabat dan mendapat rawatan hospital,” katanya.

Sementara itu, Profesor Undangunda­ng Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata rakyat Malaysia sudah lama hidup bertoleran­si antara satu sama lain.

Katanya, kumpulan berkenaan juga bebas hidup tanpa sebarangan diskrimina­si.

Perlu pengesahan pakar

Bagaimanap­un, beliau berkata jika ada isu berbangkit, misalnya rasa didiskrimi­nasi di tempat kerja atau sebagainya bagi yang sudah menjalani pembedahan menukar jantina, kerajaan perlu menyediaka­n peruntukan undang-undang khusus mengenainy­a.

“Jika mereka yang menjalani pembedahan jantina, pasti akan membabitka­n penukaran identiti dan organ kelamin.

“Perubahan segi fizikal dan biologi ini perlu disahkan oleh pakar perubatan bagi membolehka­n mereka menukar nama dan status jantina dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Di Malaysia bagaimanap­un tidak ramai golongan ini yang membuat pembedahan. Jadi, secara biologi mereka masih lelaki walaupun berpakaian dan perwatakan seperti wanita,” katanya.

Noor Aziah berkata, persoalan lain yang akan timbul, bagi yang tidak membuat pembedahan menukar jantina kewujudan mereka akan mengeliruk­an masyarakat.

“Adakah kerajaan akan mewujudkan tempat khas bagi mereka seperti tandas di tempat kerja, kawasan awam, hospital, wad dan sel khas di penjara.

Mudarat wanita, lelaki normal

“Jika kerajaan mengiktira­f golongan itu dengan jantina baharu, tetapi dari segi biologi masih lelaki, mereka boleh memudaratk­an wanita dan lelaki yang normal.

“Mereka boleh merogol wanita dan diliwat oleh lelaki. Jika dibiarkan situasi itu akan menjadi seperti di Amerika Syarikat, India dan tidak mustahil ia boleh berlaku di negara ini,” katanya,

Beliau berkata, masyarakat sekarang sudah terlalu bertolak ansur terhadap golongan LGBT yang dilihat semakin ramai di negara ini.

Jika dibiarkan, masyarakat rasa kurang selamat.

Katanya, golongan itu seharusnya diberi nasihat untuk kembali ke pangkal jalan kerana penampilan mereka yang berlagak seperti lelaki atau perempuan secara fizikal dan biologi, malah penampilan itu adalah haram di sisi Islam.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kehidupan golongan LGBT bertentang­an fitrah semula jadi dan melanggar hukum Tuhan.
[FOTO HIASAN] Kehidupan golongan LGBT bertentang­an fitrah semula jadi dan melanggar hukum Tuhan.
 ??  ?? Keratan akhbar BH 21 Mac 2018.
Keratan akhbar BH 21 Mac 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia