Berita Harian

Pogba tak percaya Mourinho

Komen di Instagram cetus spekulasi baharu wujud krisis dengan pengurus United

-

Spekulasi mengenai masa depan Paul Pogba di Manchester United terus memuncak dengan media British mendakwa pemain tengah berkenaan bimbang dikenakan tindakan sekiranya mengeluark­an kenyataan yang salah.

Pemain yang menjulang Piala Dunia 2018 itu, berpindah ke Old Trafford pada 2016 dengan nilai £89 juta (RM465 juta), dikaitkan dengan satu lagi perpindaha­n bernilai tinggi ke Barcelona, susulan beberapa krisis dengan pengurus United, Jose Mourinho.

Namun, pemain berusia 25 tahun itu dilantik kapten ketika menewaskan Leicester City dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggerus selain mendapat pujian Mourinho susulan prestasiny­a, termasuk jaringan yang membolehka­n United menang 21.

Masih berkrisis

Bagaimanap­un komennya di Instagram miliknya selepas perlawanan terus mencetus kan spekulasi bahawa terdapat perkara yang masih belum selesai sepenuhnya di Old Trafford. Ia mencermink­an hubunganny­a dengan bos United dengan dia menulis: “Saya sentiasa memberikan yang ter baik untuk penyokong dan rakan sepasukan, tidak kira apa yang berlaku.”

Dia tidak secara langsung menyebut Mourinho yang menjadi individu kritikal mendapatka­nnya dari Juventus pada 2016.

Namun, kenyataann­ya di media British semalam, dengan berkata: “Terdapat perkara saya boleh bercakap dan ada sebaliknya...atau saya berdepan tindakan.”

Dia menambah: “Apabila orang mempercaya­i anda, anda merasakan bagus dan ia akan menjadi mudah.

“Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk penyokong, rakan sepasukan serta orang yang mempercaya­i saya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia