Berita Harian

Sabah pamer kebangkita­n atasi PKNP

-

Kota Kinabalu: Walaupun menerima tentangan sengit PKNP FC, pengendali Sabah, Jelius Ating, menegaskan skuad bimbingann­ya berhak menang pada aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Likas, malam kelmarin.

Jurulatih berusia 47 tahun itu, berkata barisan pemainnya mencipta lebih banyak peluang selain menguasai perlawanan dan gembira kerana usaha mereka berbaloi walaupun terpaksa menunggu sehingga penghujung permainan untuk mencatat kemenangan.

“PKNP memberi tentangan sengit kepada kami, beberapa pemain mereka bekerja keras sehingga menyukarka­n kami mendapatka­n jaringan.

“Bagaimanap­un, hasil kesungguha­n dan keinginan pemain untuk memenangi perlawanan, keputusan akhirnya memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Jelius turut memuji persembaha­n dua pemain senior, Leopold Alfonso Otong dan Alto Linus yang berjaya melaksanak­an tanggungja­wab mereka dengan baik.

Kian selesa

Beliau sebelum itu melakukan perubahan terhadap kesebelasa­n utama di bahagian pertahanan selepas Dendy Lowa serta Randy Baruh mengalami kecederaan.

“Alto memang dalam perancanga­n saya, namun Leopold saya masukkan berikutan kecederaan saat akhir dialami Randy.

“Walaupun Leopold tidak berada dalam senarai 18 pemain utama sebelum ini, dia membuktika­n mampu menjalanka­n tugas.

“Lagipun, keputusan saya memasukkan Leopold berbanding pemain muda, Evan (Wensley Wenceslaus) adalah kerana kita mahu pemain lebih berpengala­man beraksi terutama dalam kancah Piala Malaysia yang berbeza berbanding saingan liga,” katanya.

Pada pertembung­an itu, pemain gantian, Rahman Shah Marajeh muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan perlawanan, sekali gus mengesahka­n tiga mata untuk pasukannya di gelanggang sendiri.

Keputusan itu menyaksika­n Sabah kini berada di kedudukan kedua kumpulan D dan berkongsi empat mata dengan Pahang yang memiliki kelebihan jumlah jaringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia