Berita Harian

MALAYSIA MAHU NAIK HARGA 10 KALI GANDA

Kerajaan tekad bebaskan negara daripada beban hutang

-

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia berhasrat membatalka­n projek infrastruk­tur bernilai berbilion ringgit dimeterai kerajaan terdahulu dan disokong China, dalam usaha membebaska­n negara daripada beban hutang.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berhasrat mengekalka­n hubungan baik dengan China, sambil mengalu-alukan sebarang pelaburan yang menguntung­kan negara.

Katanya, beliau terpaksa mengambil pendirian sukar berhubung projek saluran paip tenaga dan rel sepanjang laluan pantai timur Semenanjun­g hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kini berdepan pendakwaan berhubung penyalahgu­naan dana.

“Kita tidak perlu meneruskan dua projek terbabit kerana tidak fikir ia berdaya maju. Kalau boleh, kita hendak gugurkan saja projek berkenaan,” katanya dalam temubual bersama agensi berita The Associated Press (AP) di pejabatnya, semalam.

Dr Mahathir akan mengadakan lawatan pertamanya ke Beijing mulai Jumaat ini, selepas kembali menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri sejak 10 Mei lalu.

Ketika menjadi Perdana Menteri, pentadbira­n Najib menjalinka­n hubungan yang erat dengan China dan ia dilihat sebagai peranan utama dalam inisiatif perdaganga­n global One Belt, One Road di negara pelbagai etnik Asia Tenggara.

Bekas perdana menteri itu juga bersetuju untuk membina Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 688 kilometer dan dua saluran paip gas pada 2016.

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbira­n, kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengarahka­n pelaksanaa­n kedua-dua projek terbabit digantung, selain membuat potongan drastik terhadap kos yang dianggarka­n bernilai AS$22 bilion (RM90 bilion) yang mana sebahagian pembayaran­nya sudah dibuat dan sukar dikembalik­an.

Dr Mahathir berkata, jika projek terbabit tidak boleh dibatalkan, Malaysia perlu menggantun­g pelaksanaa­nnya sehingga ada keperluan untuk meneruskan­nya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa China supaya menghormat­i laluan kapal di Laut China Selatan yang menjadi tuntutan beberapa negara Asia Tenggara dan republik itu terutama membabitka­n pulau dan terumbu karang.

China tuntut Laut China Selatan

China sebelum ini menuntut Laut China Selatan sebagai miliknya dan membina beberapa pulau buatan di perairan berkenaan yang lengkap dengan landasan kapal terbang, hangar, radar dan pangkalan peluru berpandu untuk mengukuhka­n lagi tuntutanny­a.

Republik itu turut menuduh Amerika Syarikat (AS) campur tangan di perairan berkenaan apabila sering menghantar pesawat pengangkut dan kapal perangnya di situ.

Dr Mahathir sekali lagi mengulangi amarannya supaya menghentik­an sebarang aktiviti ketenteraa­n dengan tidak menempatka­n kapal perang di perairan berkenaan.

“Kita semua mahu kapal atau kapal perang melalui perairan itu tetapi bukan menempatka­nnya di situ. Ini amaran kepada semua. Jangan sesekali mencetuska­n ketegangan yang tidak diperlukan,” katanya.

Mengulas perkembang­an di Myanmar, Dr Mahathir berkata, beliau kecewa dengan pemimpin negara itu, Aun San Suu Kyi yang disifatkan gagal menghentik­an penindasan terhadap masyarakat Rohingya.

“Ia sangat tidak adil untuk melakukan apa yang mereka lakukan, membunuh orang, melakukan pembunuhan beramai-ramai, itu bukan cara negara yang bertamadun.

“Jelas sekali beliau (Suu Kyi) bersama kerajaan yang memerintah dan bagaimana mereka memperlaku­kan terhadap etnik Rohingya. Ini adalah soal keadilan dan hak kemanusiaa­n. Anda tidak boleh berbuat demikian,” katanya.

Katanya, Malaysia akan berhenti menerima pelarian Rohingya kerana sudah terlalu ramai warga asing yang sah dan tidak sah berada di negara ini.

Ditanya mengenai kenyataann­ya yang disifatkan sebagai antisemiti­k berhubung isu Palestin, Dr Mahathir berkata, semua pihak boleh mengkritik sesiapa saja

“Anti-semitik dicipta untuk menghalang orang daripada mengkritik golongan Yahudi yang melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump turut terkena tempias kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin Barat dengan menyifatka­nnya sebagai individu tidak menentu.

“Setakat ini, beliau tidak menunjukka­n sebagai tanda bahawa saya perlu mengubah pandangan saya. Beliau mudah mengubah fikirannya dalam tempoh 24 jam. Sukar berurusan dengan orang yang fikirannya berubah-ubah,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata, Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dari AS terutama membabitka­n sektor teknologi selain menjanjika­n pengecuali­an cukai dan insentif lain.

 ??  ??
 ?? [FOTO AP] ?? Dr Mahathir ketika ditemubual wakil The Associated Press di Putrajaya, semalam.
[FOTO AP] Dr Mahathir ketika ditemubual wakil The Associated Press di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia