Berita Harian

Pesawat dibawa pulang selepas diselengga­ra

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jet peribadi yang dipercayai milik ahli perniagaan kontrovers­i, Low Taek Jho atau Jho Low akan dibawa pulang ke Malaysia selepas berada dalam keadaan baik untuk diterbangk­an.

Perdana Menteri berkata, jet berkenaan sudah lama tidak diterbangk­an, justeru ia memerlukan penyelengg­araan sebelum dibawa pulang.

“Ia tidak selalu diterbangk­an dan berada agak lama di lapangan, jadi ia mesti diselengga­ra dan diperiksa. Selepas selesai, ia akan dibawa ke sini,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, semalam.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata, Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang jet peribadi yang didakwa milik Jho Low selepas membawa pulang kapal mewah milik jutawan itu, Equanimity.

Jet berharga AS$35 juta

Jet jenis Bombardier Global 5000 berharga AS$35 juta (RM143.29 juta) itu dipercayai dibeli menggunaka­n dana syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sementara itu, semakan dengan pihak berkuasa Singapura mendapati jet itu kini diparkir di hangar persendiri­an di Seletar Aerospace Park yang dikendalik­an Bombardier Aerospace Services Singapore Pte Ltd.

Lapangan terbang itu diuruskan Changi Airport Group (Singapore) Pte Ltd yang juga mengendali­kan Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi, Singapura.

Seorang jurucakap unit media lapangan terbang itu ketika dihubungi mengakui jet terbabit ada di situ tetapi tidak mengulas lanjut.

Ditanya adakah jet itu sudah disita oleh mana-mana pihak berkuasa untuk siasatan, pegawai itu hanya memaklumka­n bahawa ia diletakkan di hangar persendiri­an.

Semakan dengan Lembaga Penerbanga­n Singapura pula mendapati, jika sesebuah pesawat disita, ia akan diletakkan di hangar khas sehingga siasatan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia