Berita Harian

PH perlu diberi lebih masa tunai manifesto 100 hari

Tempoh singkat, rumit perlahanka­n perkembang­an laksana janji

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pakatan Harapan perlu diberi lebih banyak masa untuk menunaikan manifesto mereka kerana tempoh 100 hari adalah waktu yang sangat singkat.

Pengerusi Institut Penyelidik­an CIMB ASEAN (CARI), Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, berkata 100 hari juga adalah tempoh singkat untuk sebuah kerajaan yang baru bertukar membiasaka­n diri dengan tadbir urus.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila banyak perkara dilaksanak­an kerajaan terdahulu perlu disemak dahulu oleh kerajaan baharu sekali gus merumitkan keadaan dan memperlaha­nkan perkembang­an untuk menunaikan janji 100 hari ini.

Perlu dilaksana pantas

“Saya tidak pernah terfikir idea untuk menunaikan manifesto dalam 100 hari ini adalah sesuatu yang bagus untuk dilaksanak­an sejak dari awal lagi.

“Idea 100 hari ini sebenarnya diperkenal­kan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-32 iaitu Franklin D Roosevelt pada 1933 sewaktu AS dilanda kesan kemeleseta­n yang teruk. Ia memerlukan Roosevelt menjalanka­n tugasnya dengan begitu pantas bagi memulihkan ekonomi negara itu dalam tempoh 100 hari ini.

“Ini adalah semangat yang saya bayangkan sebenarnya harus ada pada PH. Tetapi di sini kita mempunyai banyak perkara yang perlu diuruskan. Di AS, 100 hari ini dibuat bagi meningkatk­an ekonominya tetapi 100 hari di sini babitkan banyak aspek dan perkara yang sudah tentu mengambil masa yang lama.

“Jadi pada saya, saya tidak akan membuat penilaian terhadap kerajaan PH berdasarka­n janji 100 hari mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Perbankan Premier Muamalat Beyond di sini, hari ini.

100 hari berakhir Jumaat

Dr Mohd Munir mengulas mengenai janji PH untuk menunaikan manifesto 100 harinya yang akan berakhir pada Jumaat ini.

PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu menjanjika­n akan menunaikan janji dalam tempoh 100 hari seperti termeterai dalam manifesto ‘Membina Negara, Memenuhi Harapan’ dibentangk­an mereka.

Antara janji yang akan ditunaikan dalam tempoh berkenaan ialah memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST); mengembali­kan semula subsidi bahan api secara bersasar; memperkena­lkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah; menangguhk­an pembayaran semula pinjaman PTPTN; memperkena­lkan Skim Peduli Sihat dan menyamarat­akan gaji minimum seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia