Berita Harian

Jho Low perlu bertanggun­gjawab: Najib

Ahli perniagaan diminta ambil tindakan jika Equanimity diperoleh secara tidak sah

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Rizanizam Abdul Hamid

Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, perlu bertanggun­gjawab jika kapal mewah Equanimity yang dikatakan sebagai miliknya, diperoleh secara tidak sah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap tindakan perlu dilakukan berlandask­an undang-undang.

“Saya ingin menyatakan tiada sesiapa boleh melangkaui kedaulatan undang-undang dan sesiapa saja yang melakukan kesalahan, perlu dikenakan tindakan undangunda­ng.

“Jika kapal mewah itu diperoleh secara tidak sah iaitu menggunaka­n wang bukan miliknya seperti didakwa, dia (Jho Low) perlu bertanggun­gjawab. Itu pendirian saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, semalam.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang mencabar Jho Low pulang ke Malaysia untuk bersemuka dengan pihak berkuasa selepas mengkritik rampasan kapal Equanimity.

Khairy dilaporkan berkata, Jho Low mesti keluar daripada persembuny­ian jika beranggapa­n tidak melakukan kesalahan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, UMNO akan terus terpalit dengan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) selagi Jho Low melarikan diri dan kes mahkamah berkaitann­ya tertangguh.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Jho Low perlu menjadi rakyat Malaysia yang bertanggun­gjawab dan segera pulang ke tanah air bagi menjawab pelbagai dakwaan berhubung isu 1MDB.

Bercakap kepada media juga di Lobi Parlimen, semalam, beliau berkata nama ahli perniagaan kontrovers­i itu terlalu banyak dikaitkan dengan 1MDB dan meninggalk­an kesan buruk terhadap negara.

Buktikan jika tak bersalah

“Kalau tak bersalah, pulang ke Malaysia untuk buktikan. Rakyat tak boleh selama-lamanya berdepan isu ini kerana banyak perkara lain perlu diberi perhatian.

“Dia (Jho Low) kena jelaskan kebenaran. Kita Ahli Parlimen juga nak tahu kebenaran, bukan tuduhan yang sampai sudah tiada bukti dan tak ikut undang-undang,” katanya.

Annuar mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Twitter rasminya, yang mendesak Jho Low kembali ke Malaysia dan berdepan dengan pihak berkuasa.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut menyertaka­n pautan berita mengenai Jho Low yang antara lain mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merampas prosiding undang-undang negara lain bagi mendapatka­n kapal mewah Equanimity dikaitkan dengan 1MDB.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] ?? Najib ditemui petugas media di Lobi Parlimen, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD /BH] Najib ditemui petugas media di Lobi Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia