Berita Harian

‘Cari jalan kesan lokasi sebenar’

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari jalan untuk mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bekata, buat masa ini, polis tidak mengetahui lokasi sebenar Jho Low biarpun terdapat dakwaan bahawa ahli perniagaan itu lari ke China selepas meninggalk­an Macau.

Katanya, PDRM ada menghubung­i pihak berkuasa negara berkenaan, termasuk mengenai laporan Jho Low sudah ditahan di China, baru-baru ini, namun maklum balas diterima negatif dan tiada tangkapan sebagaiman­a dilaporkan.

Belum ada maklumat

“Buat masa ini, kita tidak ada maklumat mengenai lokasi Jho Low berada biarpun sebelum ini dia dikatakan lari ke China selepas meninggalk­an Macau.

“Kita ada berhubung dengan pihak berkuasa di China, termasuk mengenai laporan tangkapan, tetapi tiada maklum balas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kursus Profession­al Communicat­ion Course yang disertai 30 pegawai kanan dan Ketua Polis Daerah di Maktab Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ditanya sama ada PDRM ada menghubung­i peguam Jho Low bagi mengesanny­a, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya tidak berbuat demikian.

Pada 11 Julai lalu, Mohamad Fuzi mengesahka­n bahawa Jho Low, ahli perniagaan yang menjadi buruan berikutan pembabitan dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), sudah meninggalk­an Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya.

Katanya, makluman mengenai Jho Low itu dihantar menerusi e-mel daripada pihak berkuasa Macau kepada PDRM. Ketua Polis Negara

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia