Berita Harian

PKR Selangor serah 8 calon

-

Shah Alam: PKR Selangor sudah menyerahka­n lapan nama kepada kepemimpin­an parti bagi memilih calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, bulan depan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, berkata semua nama terbabit dipilih dari kalangan pemimpin tempatan, pemimpin peringkat pusat dan pemimpin lama dalam PKR yang diyakini sesuai untuk dijadikan calon.

“Kita sudah serahkan nama terbabit. Parti belum memutuskan sebarang keputusan muktamad.

“Nama dipilih akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beberapa hari sebelum penamaan calon pada Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Peratusan keluar mengundi kurang

Ditanya mengenai saranan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang meminta PAS meletakkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon, Borhan berkata perkara itu tidak mendatangk­an masalah kepada parti.

Katanya, apa lebih dirisaukan parti adalah peratusan keluar mengundi yang kurang seperti PRK Sungai Kandis, 4 Ogos lalu.

“Hasil maklum balas yang kita buat terhadap PRK Sungai Kandis, kekurangan peratusan mengundi disebabkan tempoh yang rapat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, selain rakyat yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila penyandang­nya, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin meninggal dunia, 2 Ogos lalu akibat barah usus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia