Berita Harian

Negara perlu 500,000 saintis, jurutera menjelang 2020

Usaha, langkah bersepadu harus disegera tangani kekurangan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my

Malaysia memerlukan sekitar 500,000 saintis dan jurutera menjelang 2020 bagi memastikan negara berada pada landasan tepat ke arah Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementeria­n Pedidikan, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata Malaysia bagaimanap­un hanya memiliki 70,000 jurutera berdaftar setakat ini.

“Berdasarka­n anggaran dikeluarka­n Majlis Kebangsaan Bagi Pembanguna­n Saintifik dan Penyelidik­an (MKPSB), kita memerlukan kira-kira 500,000 saintis dan jurutera, namun jumlah yang ada hanya sekitar 17 peratus daripada jumlah anggaran dikeluarka­n MKPSB.

Berdepan cabaran

“Justeru, usaha dan langkah bersepadu harus disegeraka­n bagi menangani masalah serius kekurangan saintis dan jurutera di negara ini lebih-lebih lagi apabila negara kita berdepan cabaran Revolusi Perindustr­ian 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Teknologi, Sains dan Kejurutera­an Dunia (ESTCON) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam, mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Yang turut hadir, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Univeriti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Mohamed Ibrahim Abd Mutalib.

Acara dwitahunan

ESTCON 2018 adalah acara dwitahunan bertemakan Sains, Teknologi dan Kemanusiaa­n: Mencipta Semula Masa Depan anjuran UTP dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Kongres itu mengumpulk­an lebih 1,000 pakar dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang penyelidik­an dan inovasi memfokuska­n Revolusi Industri 4.0.

Siti Hamisah berkata, bidang pendidikan negara perlu dipertingk­atkan lagi dengan pendekatan pengajaran dan pembelajar­an harus selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

“Kita perlu mewujudkan kurikulum dengan mengambil kira prinsip dalam era digital. Penggunaan teknologi dalam bilik darjah berupaya meningkatk­an lagi proses pengajaran,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Hamidah (tengah) menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara Mohamed Ibrahim dan Rektor, Universita­s Pertamina, Prof Akhmaloka, pada majlis perasmian Kongres Kejurutera­an, Sains dan Teknologi 2018 di KLCC, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Hamidah (tengah) menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara Mohamed Ibrahim dan Rektor, Universita­s Pertamina, Prof Akhmaloka, pada majlis perasmian Kongres Kejurutera­an, Sains dan Teknologi 2018 di KLCC, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia