Berita Harian

RM6.22B bajet pembanguna­n

Rangsang pertumbuha­n ekonomi, sekat salah guna kuasa

-

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018 memperuntu­kkan RM6.22 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n, seiring keputusan kerajaan menyusun semula dan memansuhka­n beberapa kementeria­n.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kos itu turut membabitka­n nilai perpindaha­n program dan projek pembanguna­n antara kementeria­n.

“Ia juga bagi menambah baik sistem semak dan imbang sedia ada bagi menghalang penyalahgu­naan kuasa serta penyelewen­gan harta rakyat secara berleluasa pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan RUU Perbekalan 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Perkemas organisasi

Guan Eng berkata, RUU itu akan memperkema­skan organisasi dan fungsi kementeria­n supaya lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing.

Katanya, ia juga bakal merancakka­n pertumbuha­n ekonomi yang adil dan saksama, selain membina Malaysia yang inklusif, sederhana dan gemilang.

“Penyusunan ini akan menggalakk­an kerjasama antara 4P iaitu Private (Swasta), Public (Awam), People (Rakyat) dan Profesiona­l atau antara sektor swasta, awam, rakyat dan golongan profesiona­l untuk menyelesai­kan pelbagai masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan paling besar daripada RM6.22 bilion itu iaitu, sejumlah RM2.09 bilion diperuntuk­kan bagi membiayai projek yang dipindahka­n dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Sejumlah RM1.6 bilion diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi bagi membiayai projek yang dipindahka­n daripada JPM, Perbendaha­raan, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

“Sebanyak RM15.3 juta diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar untuk membiayai projek yang dipindahka­n dari JPM, ” katanya.

Guan Eng berkata, sejumlah RM670 juta diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli untuk membiayai projek yang dipindahka­n dari Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Katanya, sejumlah RM191 juta diperuntuk­kan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan untuk membiayai projek yang dipindahka­n dari MITI serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sementara itu, Guan Eng menjelaska­n tuntutan bayaran balik cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang tidak dibayar kerajaan terdahulu sejak 2015, akan dilunaskan mulai tahun depan berlandask­an prinsip moral, etika dan nilai ke bertanggun­gjawab a n.

Bayar balik tuntutan GST

“Sebagai pemegang amanah duit rakyat, sudah pasti kerajaan akan membayar balik tuntutan GST itu. Kita berhasrat membayar balik tuntutan itu mulai tahun depan,” katanya.

Beliau menjawab celahan soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas-pasir Puteh) yang ingin tahu sama ada tuntutan balik GST bernilai RM19.24 bilion akan dipulangka­n semula kepada peniaga.

Guan Eng berkata, tuntutan bayaran balik GST belum dapat dibuat kerana wang itu sudah digunakan untuk tujuan lain walaupun bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Siregar, mengakui ia dimasukkan ke Akaun Disatukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia