Berita Harian

Syor Nurul Izzah ikon produk Malaysia undang tawa

-

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, mengundang tawa pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam, apabila secara berseloroh mahu melantik Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) sebagai ikon produk jenama Malaysia.

Chieng Jen melontar cadangan itu ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah mengenai langkah kerajaan menangani persepsi negatif pengguna terhadap kualiti produk keluaran tempatan.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha meningkatk­an promosi penggunaan barangan dan jenama buatan Malaysia, namun ia bergantung kepada permintaan serta pengeluara­n dalam pasaran.

“Kerajaan mengamalka­n dasar laissez-faire, ekonomi bebas dan terbuka supaya sektor swasta dapat sama berperanan.

Atasi persepsi negatif

“Namun, untuk mengatasi masalah persepsi negatif orang ramai terhadap produk keluaran tempatan, kita cadangkan Yang Berhormat Permatang Pauh (Nurul Izzah) dilantik ikon kepada produk jenama Malaysia,” katanya.

Jawapan spontan Chieng Jen itu menarik perhatian Ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat, manakala Nurul Izzah yang kelihatan terkejut mendengar cadangan itu, hanya mengangguk dan tersenyum.

Sementara itu, Datuk Ahmad Maslan (BNUMNO Pontian) pula berharap supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi.

“Saya harap ayah Yang Berhormat Permatang Pauh (Nurul Izzah) jadi Perdana Menteri tak lama lagi,” katanya yang turut menggamatk­an sesi perbahasan apabila ‘meminta’ Anwar menjadi Perdana Menteri ketika menjawab celahan Nurul Izzah.

Ahmad yang membahaska­n Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018, menyentuh isu elaun bantuan untuk golongan petani sebelum memberi laluan Nurul Izzah untuk mencelah.

Nurul Izzah antara lain mencadangk­an supaya kerajaan mengembali­kan Lembaga Padi Beras Nasional (LPN) untuk menyelesai­kan masalah pesawah di negara ini yang bukan hanya membawa keuntungan tetapi juga membela nasib petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia